Lama saya tidak kemas kini blog dan lama juga saya tidak singgah atau melawati blog kawan-kawan. Maafkan saya.
Nak kata sibuk boleh tahan juga dan nak kata malas pun tidak dinafikan.
Seminggu yang lepas dan ia sudah pun berlalu, saya menjalani tiga program peribadi.
Program peribadi
Program pertama sudah tentu detoks medsos. Peraturan saya mudah tetapi sukar untuk diamal.
Jam 10 malam saya jauhkan telefon yang menjadi dalang kepada kelekaan melayan media sosial.
Ada beberapa hari terlajak juga. Namun selebihnya memang berjaya mengawal diri. Kejayaan dalam 70 peratus.
Program kedua berkaitan cut sugar demi kesihatan dan penampilan. Setakat ini kejayaan sudah mencapai 80 peratus.
Kadang-kadang saja terpaksa minum kopi dan teh yang dicampur madu. Itupun kerana ingin melayan tekak yang terlalu mengidam sesuatu yang manis.
Orang muda sekarang kata – craving.
Bahkan buah-buahan yang manis pun saya tidak sentuh kerana faktor bajet.ย Buah import atau buah tempatan bukan murah harganya sekarang ini.
Program ketiga pula berkaitan kesihatan juga iaitu cut carbo.
Saya ambil sumber karbohidrat sekitar kurang 50 peratus daripada kebiasaan.
Nasi memang suku sahaja atau 50g manakala bahan-bahan yang berasaskan tepung putih saya elakkan sedapat mungkin.
Tiada kuih-muih yang manis dan jajan yang rangup-rangup. Walaupun saya cukup menyukai keropok, kerepek dan tempeyek. Saya terpaksa melupakan.
Kejayaan cut carbo menghampiri 90 peratus.
Pendek kata saya korbankan istilah menikmati hidup dengan kelazatan makanan.
Makanan lazat sudah signifikan dengan harga yang menjulang awan dan kalori tinggi mendongak langit.
Saya cuma mahu menikmati hidup dengan gaya hidup sihat sepanjang hayat dan bahagia seadanya melalui penampilan diri yang aktif lagi cergas.
Sebagai kesimpulan, saya berjaya menjalani tiga program peribadi tersebut walaupun belum mencapai kejayaan cemerlang.
Cukuplah setakat kejayaan tersendiri.
Tugas seterusnya perbaiki mana yang kurang dan terus konsisten agar tidak tewas di pertengahan jalan.
Bak kata ramai astizah dalam tausiah mereka, kejayaan dunia cumalah perjalanan menuju kejayaan akhirat yang tiada noktahnya.
In shaa Allah.
semuanya bagus, ada detoks medsos, cut sugar tidak yang manis-manis dan cut carbo, bisa bikin diabetes
Sebab itu perlu kawal pengambilan makanan yang berasaskan gula
kalau medsos saya memang cuman satu, tak terasa saya tak buka “1 bulan ini karna saya uninstall sementara ini, untuk keperluan link postingan blog,biasanya saya lewat browser saja bukanya,….yang agak susah itu menahan makanan manis,, tetap saja ada Karbo dan minuman atau makanan manis, memang harus dikurangi banget ini.
kalau tak dapat semua…kurangkan sikit pun boleh..
yang penting enjoy untuk menikmatinya
Wah kalau soal manis
mungkin saya masih tergolong suka ya, tapi manisnya minum kopi atau teh
saya sehari bisa lima gelas lebih, mau tidu saja, saya minum kopi dulu
soal makan nasi, saya memang sedikit kurang juga, lebih sering ke makan roti
Medias sosial, saya juga mengkurangi, paling hanya untuk yang mencari duit, semisal di youtube
bagus mas…semoga istiqamah berbuat demikian
Kalau medsos sekarang saya sudah banyak sekali berkurang, Mas. Sebelumnya IG, FB & Twitter aktif terus. Alhamdulillah.
Tentang gula, saya sudah ganti dengan gula rendah kalori. Memang rasanya kurang begitu manis, tapi lama-lama akhirnya terbiasa juga.
Nah, yang karbo ini yang sulit. Tiap hari saya masih makan nasi.
Semoga kita tetap diberi kesehatan yang baik ya Mas.
Salam,
semoga istiqamah mas dalam menmgurangi medsos..
pasal makanan hanya perlu berpada-pada dan tidak perlu berlebihan
Wah ! tahniah atas kejayaan ke arah menguasai 3 program yang sangat baik tu tuan. Saya doakan moga istiqamah dan jadi ikutan ramai!
terima kasih tuan…mudah-mudahan boleh juga jadi ikutan kepada mereka yang berminat
saluuut untuk Abang ๐๐๐๐. terutama soal makanan, itu susaaah. banyak godaan. jadi kalo bisa tahan diri ,at least 70-80 persen, dah baguuus sangat.
membaca ini, saya pun jadi nak termotivasi utk ikut mengurangi Karbo dan tepung.
kadang kalo dah terlalu banyak cheating, saya pakai cara puasa nabi daud. selang seling hari nya. tapi saya usahakan tidak bentrok dengan jadwal gym saya. takut lemas ๐คฃ
Terima kasih Fanny.
saya akui bila cut carbo jadi tak kuat pulak bila main gym hehehe
apa-apapun ikut saja mana kemampuan masing-masing
Betul kena ada timing utk pegang hp walau kita adalah parent. especially dihadapan anak-anak..
ya..anak-anak perlu kena disiplin walaupun perkara tersebut amat sukar untuk dilakukan jika tidak kena caranya
sy cuba kurangkan minuman n makanan yg manis2. maklumlah dah ada diabetes ni kena pantang itu ini tp sesekali ku rasa teringin jugak….
Abam Kie recently posted…10 Item Kit Kecemasan Yang Perlu Sentiasa Ada Dalam Kereta
Masa teringin tu…layan jer dengan syarat tidak berlebihan atau terlalu kerap
bab makanan tak dinafikan… yg manis2 tu mmg godaan sungguh… sy bila dah byk mkn manis so pandai2 laa ganti dgn air kosong selama beberapa hari…
semoga trs istiqamah๐ช๐
kalau tak pandai susah la jadinya