Pengalaman jadi halimunan di sebuah restoran

halimunan

Tidak pernah terfikir untuk saya jadi halimunan. Tapi itulah yang terjadi baru-baru ini ketika saya mengunjungi sebuah restoran. Seusai solat Jumaat saya bergegas pulang. Saya perlu sampai ke tempat bersemayam sebelum masuk kerja. Sebelum masuk kerja alangkah baiknya kalau sempat menjamah makanan kesukaan. Itulah yang bermain dalam fikiran. Tetapi sayang bukan rezeki manusia tetapi rezeki … Read more

Makanan yang membahagiakan: Telur ayam

Saya masih teringat pada suatu ketika dulu. Terkenang zaman ikat perut dan ia berlaku sebelum pandemik Covid-19 lagi. Lauk harian utama saya untuk pagi, petang dan malam hanyalah telur ayam. Yang berbeza lauk sayur dan biasanya dimakan mentah atau segar setiap hari. Memang tidak dimasak kerana tiada peralatan memasak seperti dapur. Sekarang ini hanya menjadikan … Read more

Makanan yang membahagiakan ( siri 1)

contoh ayat teaser makanan

Makanan seringkali dikaitkan dengan perasaan. Kalau tidak masakan ada peribahasa berikut: “Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.” Orang kenyang gembira hati. Orang lapar susah hati. Malah orang yang kelaparan setiap hari akan membentuk sikap dan tingkah laku yang keras, pemarah dan sakit hati. Nampak tak bagaimana peri penting makanan dalam mempengaruhi perasaan, fikiran … Read more

Cara hilangkan migrain sebelah kiri

Sehari suntuk saya kena serangan migrain sebelah kiri kepala. Sakitnya pada tahap sederhana. Masih boleh ditahan tetapi kurang selesa. Migrain adalah jenis sakit kepala yang berlaku pada gangguan saraf dalam otak. Majoriti mengalaminya wanita terutama semasa haid dan tidak terkecuali kepada lelaki. Bayangkan dalam selang masa 10 saat hingga 22 saat sakitnya berdenyut-denyut. Migrain yang … Read more

Sarapan pagi minggu yang syahdu

Perut mulai keroncong pagi. Minta diisi sesuatu. Biasa sarapan jam 6.00 pagi. Namun hujung minggu saya ubah rutin demikian. Saya plan nak berjogging. Tetapi sayang hujan lebat pulak paginya. Bermakna program pagi minggu dibatalkan. Nak tarik selimut, mata dah segar bugar seusai solat Subuh. Ahh…Layan saja medsos sementara menunggu kedai kopi buka. Dengan menggunakan payung, … Read more

Rahsia menulis dengan baik

Sebenarnya bukan rahsia kalau sudah tertulis dalam artikel ini. Rahsia ini dibocorkan oleh bos saya sendiri. “ Hanafi, kalau nak menulis dengan baik perlu kuasai dua elemen ini. Gaya bahasa dan kekuatan fakta. Jika salah satu tiada, penulisan jadi hambar. Kurang menarik dan tidak hidup. Ada fakta kalau tidak ditulis dengan gaya bahasa akan jadi … Read more