Cara check power bank Pineng yang original

Power bank Pineng yang original mudah dikenal pasti jika tahu caranya. Alhamdulillah saya dapat pengalaman menguji ketulenan  selepas saya beli power bank baru-baru ini sempena jualan 11.11 di Lazada.

Saya beli yang murah  dan kebetulan pula ada diskaun. Inilah masa yang sesuai untuk  berbelanja sakan.

Harga diskaun yang saya dapat boleh tahan. Harga asal dalam RM79 dan saya beli dalam RM38 .

Harga ini belum termasuk pos. Bila dah masuk harga pos sudah menjadi RM48.50. Ok juga berbanding beli dalam harga asal atau beli di kedai biasa.

Tak sangka inilah pengalaman pertama saya membeli secara online barang fizikal.

WAJIB BACA :   Mengapa Guna Pakaian Tradisional Sarawak Kena Halau Dari KLCC ?

Sebelum ini selalu saya beli ebook sahaja,

Power bank Pineng yang original

Power bank Pineng yang original

Bagaimana nak check ?

Senang sahaja. Cuma yang tak senangnya saya kurang rajin untuk rekod dalam bentuk video.

Kalaulah rajin boleh juga saya upload ke Youtube dan jadi jutawan sudah hehehe

Langkah pertama :

Cari barkode pada kotak power bank Pineng tersebut. Sebab itu perlu berhati-hati dan cermat dengan sebarang label pada bungkusan yang kita terima.

Langkah kedua :

Ambil syiling. Kita main gores dan menang. Gores barkode tersebut sehingga nampak 16 digit yang tertera di situ.

Langkah ketiga :

Pergi ke website Pineng. Masukkan 16 digit yang telah menang dan gores tadi. Perhatikan apa yang tertera.

WAJIB BACA :   Cara Dapat Duit Cepat Guna Aplikasi Duit

Jika didapati original maka bergembiralah. Membeli barang yang ada kualiti akan memastikan risiko boleh dikurangkan pada tahap paling rendah.

Jeng..jeng..

Keputusannya memang sah saya beli power bank Pineng yang original.

Bersyukur kerana tidak kena hancing oleh pihak penjual. Kalau kena hancing kita boleh laporkan kepada syarikat tersebut patut agar orang lain juga tidak kena hancing secara berjemaah.

Untuk pengetahuan, nombor tersebut hanya sah untuk check pertama kali sahaja. Kali kedua akan memaparkan mesej yang lain pula.

Kesimpulan

Teknik ini hanya sah untuk power bank jenama Pineng sahaja. Lain-lain jenama saya tidak pasti.

Dengan keputusan tersebut naka saya lebih yakin power bank Pineng yang original itu yang saya beli.

WAJIB BACA :   Cara Cari Jodoh ( Bahagian 4 )

Jenama Pineng memang terkenal juga. Ramai yang yakin reputasi power bank berjenama tersebut. Lebih yakin kalau kita menggunkan produk yang asli atau ori.

Semoga bermnanfaat dan jangan lupa share kepada mereka yang memerlukan.

p/s : Power bank Pineng yang saya beli ini sudah rosak,  kembang semacam selepas 3 tahun digunakan. Mungkin cycle life sudah tamat.

  • kemas kini 22/8/22

Comments 24

Leave a Reply to sunah sakura Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge