Tips membeli telefon pintar baharu

Sudah beberapa minggu saya mencari tips membeli telefon pintar. Puas cari di Google, saya beralih pula ke Youtube. Pencarian terus dilakukan selagi saya belum membeli telefon tersebut. Bila difikirkan balik banyak juga masa saya telah dikorbankan.

Secara peribadinya, membeli telefon pintar baharu merupakan keperluan kepada saya sekarang ini. Pada bulan Februari yang lepas telefon pintar saya telah dikebas orang. Rasanya wow keren.

Mana tidaknya telefon tersebut adalah keperluan utama untuk kerja-kerja rutin saya. Pada hari itu juga saya telah menggantikan telefon yang baharu dengan bajet yang amat ketat.

Terpaksalah saya membeli set telefon AP ( klon ) yang harganya sekitar RM159. Janji boleh digunakan untuk Whatsapp, panggilan masuk dan keluar. Yang lucunya gambar selfie yang sangat flawless menggunakan telefon tersebut.

 

Setelah beberapa bulan kemudian saya bercadang untuk menukar telefon yang sesuai dengan keperluan dan sama spefikasi dengan telefon yang terdahulu.

Antara perkara yang menjadi pertimbangan saya sebelum membeli telefon baharu adalah seperti berikut:

Tips membeli telefon pintar

Tips membeli telefon pintar

1.Kemampuan poket

Telefon pintar boleh diperolehi dengan dengan bajet rendah, sederhana atau tinggi. Itu terpulang kepada kemampuan poket masing-masing.

WAJIB BACA :   5 Tanda Jatuh Cinta Yang Buat Bakal Jodoh Tak Sabar Nak Kahwin

Jika bajet rendah boleh sahaja peruntukan sekitar RM300. Spesifikasi telefon pun tidak kurang hebatnya. Dengan bajet tersebut kita boleh mendapatkan telefon dengan 2GB RAM dan 32 ROM.

Kamera pula ada depan dan belakang dengan minimum 2MP dan 8MP. Spefikasi kamera ini boleh menghasilkan kualiti gambar yang boleh tahan. Cuma pelbagai fungsi agak terhad sesuai dengan bajet sekitar RM300.

Bagi mereka yang mampu dan sanggup mengeluarkan bajet sederhana yakni sekitar RM500 tentulah boleh mendapat peranti gajet ini dengan lebih baik. Dengan kapasiti 4GB RAM atau lebih dan 64GB ROM atau lebih memang berbaloi dengan bajet tersebut.

Bukan itu sahaja saiz paparan telefon lebih besar sehingga 6’5 inchi cukup baik dan puas hati jika nak buat kerja-kerja blogging.

Apatah lagi untuk bajet tinggi sekitar RM1000. Telefon yang kita boleh dapat jauh lebih baik dan bagus fungsinya. Peranti pada tahap ini dikenali sebagai Flagship.

Namun perlu ingat , bajet untuk membeli peranti gajet ini pastikan tidak bebankan aliran tunai dalam tangan. Membeli harus selari dengan bajet poket dan bukan dengan bajet nafsu hehehe.

WAJIB BACA :   Macam Mana Nak Kurus

2.Tujuan penggunaan

Zaman sekarang telefon pintar terlalu banyak kegunaan.Jika dulunya sekadar panggilan masuk dan keluar serta mesej pendek. Sekarang lebih dari itu.

Saya pula internet savvy. Tidak juga terlalu bermedia sosial dengan Instagram, Facebook dan sewaktu dengannya. Penggunaan media sosial lebih terarah kerja hakiki dan kerja sebagai blogger.

Atas sebab demikian saya memilih untuk membeli telefon pintar yang mempunyai saiz paparan 6’5 inchi, kapasiti bateri 5000 mAH, kamera yang sedang-sedang dan 3GB RAM/64GB ROM sudah memadai.

Sekiranya pembaca suka game yang tinggi grafik seperti PUBG, ML dan sebagainya harus memikirkan telefon yang ada prosessor berkualiti tinggi. Selain itu ada paparan High Definision plus atau paparan Amoled.

Wajar membeli peranti ini berdasarkan keperluan sama ada kerja, gaming atau sekadar layan movie di Netfix dan Youtube.

Pembelian yang kurang tepat dengan keperluan sudah termasuk pembaziran spesifikasi telefon itu sendiri. Fikir-fikir sendiri la ye.

3.Teknologi terkini

Teknologi peranti telefon pintar sangat pantas dan cepat sekali. Memang tidak terkejar oleh kita dan ketinggalan teknologi tersebut tidak bermakna kita sudah terlambat.

WAJIB BACA :   Cabaran Terhebat Seorang Penulis Blog

Dahulunya saiz storan telefon baik untuk RAM atau ROM tidak sampai pun 1 GB. Lihat sekarang ini sudah mencapai spesifikasi laptop dan pc pun ada.

Telefon yang bagus cukuplah kalau ada Android 9 atau 10. Dengan cip pemproses yang laju dan teknologi 5G ada.kelebihan tersendiri. Setidak-tidaknya boleh beradaptasi dengan teknolgi tersebut dalam setahun dua lagi.

Memiliki telefon yang ada signal 3G dan 4G sekarang ini sudah memadai. Persoalannya berapa lama lagi teknologi tersebut bertahan pada telefon kita.

Jadi membeli telefon pintar selari dengan teknologi terkini memang terbaik cuma perlu atau tidak dengan keperluan semasa. Janganlah kerana hendak selari dengan teknologi semasa wang kita terhangus begitu sahaja.

Kesimpulan

Demikian tips membeli telefon pintar yang cuba saya jadikan garis asas sebelum membeli tidak lama lagi. Nantikan informasi lanjut nanti dalam artikel yang lain pula. Semoga saya membuat pilihan yang tepat nanti.

Membeli biar berbaloi dengan wang dan menepati keperluan peribadi.

Semoga bermanfaat dan jangan keberatan untuk berkongsi artikel. Perkongsian itu gratis gaiss dan tidak ‘butuh’ (bahasa tempatan macam lucah) sebarang biaya.

Sekiranya ingin mengetahui tips beli telefon yang lebih relevan saya syoran baca artike ini >>INFO BEST 

  • kemas kini 23/11/22

Comments 12

Leave a Reply to sharmien Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge