Cara Kempiskan Perut Dengan Cepat

Salam dan selamat sejahtera.Cara Kempiskan Perut Dengan Cepat.Baru-baru ini teman sekerja minta saya tulis dalam blog.Jadi saya cuba penuhi hasratnya dengan bantuan Uncle Google.Saya ceduk beberapa informasi yang menarik untuk teman saya tersebut.Dia janji akan membaca blog ini jika saya menulisnya tentang perkara tersebut.Harapan saya juga agar apa yang saya kongsikan ini juga bermanfaat untuk anda semua tak kira lelaki atau perempuan.

cara kempiskan perut dengan cepat

Antara info yang saya temui ialah :

1.Amalkan minuman ajaib

Saja nak buat saspen sikit.Sekiranya nak kempiskan perut anda yang dah buncit tu cuba minum air limau.Minum selepas bangun pagi dan selepas makan.Amalkan selalu.Sekali sekala mungkin tak berkesan tau!Selain itu minum teh halia.Rasanya jangan tanya saya.Memang panas gile.Halia membantu pencernaan dan membakar lemak dengan bagus.Selain itu minum air asam jawa yang dibancuh semalaman.Ambik sedikit dan bancuh menggunakan air panas.

2.Ambil omega 3

Mana nak dapat.Nak senang makan ikan salmon.Harga memang boleh tahan.Tapi sedap buat menu makan tengahari atau malam.Omega 3 boleh memecah lemak dengan baik dan mengurangkan simpanan lemak kat bahagian perut.Jika susah nak cari ikan salmon boleh makan ikan keli.Ikan ini pun kaya dengan omega 3.

3.Kurangkan pengambilan gula

Senang cerita jangan minum air yang terlampau manis.Contohnya air bikarbonat,teh tarik atau kopi 3 dalam satu yang pekat.Pengambilan gula yang cukup akan memastikan tahap insulin rendah.Dengan keadaan insulin yang rendah dalam badan maka hormon glucagon akan terhasil untuk kempiskan perut.

4.Tidur yang mencukupi

Ada yang cukup tidur 6 hingga 8 jam sehari.Pastikan tidur yang berkualiti supaya segala sistem dalam badan dapat berehat dengan sempurna.Kekurangan tidur boleh stress.Emosi tak stabil boleh jejaskan kesihatan termasuk bahagian perut.

5.Senaman berjalan kaki

Amalan ini memang saya yang buat.Saya bukan bersenam tetapi memang berjalan kaki untuk pergi dan balik ke tempat kerja.Kesannya perut saya sentiasa macam perut Bruce Lee.He..he..tak akan tunjuk dengan anda semua.Aurat la kerana  nampak pusat.

6.Minum air yang mencukupi

Air adalah sumber semulajadi untuk sistem pencernaan dan sistem perkumuhan.Melalui air yang mencukupi badan boleh mengeluarkan toksin dengan sempurna.Tak la ia bertakung di bahagian perut yang menyebabkan boroi dan tak kempis lagi.Selain itu cuba minum air, 30 minit selepas makan.Memang sukar tetapi lama-lama akan jadi biasa.

7.Jangan makan tengah malam

Kalau nak makan juga ambil pemakanan yang ringkas dan mudah.Antaranya oat,kekacang atau biskut kering untuk alas perut.Sebab makan ‘heavy’ tengah malam yang tidak diproses dengan aktif akan bertukar menjadi lemak di bahagian perut,Nak kempiskan perut maka berpantang untuk makan tengah malam.Habis cerita.Mudahkan.

{sekilas pandang}

Agak lama juga masa saya mengarang artikel ini kerana ia berdasarkan pelbagai sumber seperti blog siraulimau.com,kakipromo.com dan banyak lagi.Kredit kepada blog-blog tersebut.

Kini terpulang kepasa teman sekerja saya tu sama ada nak cuba atau tidak cara kempiskan perut dengan cepat ini.

p/s : Cuba juga cara yang >> ini pula <<  atau klik gambar dibawah :

(Visited 95 times, 1 visits today)

26 thoughts on “Cara Kempiskan Perut Dengan Cepat”

  1. Naseb baik perut ambe tak muncheet sangat.
    Ambe hanya mampu buat no.2 dengan no.3 saja. Yang lain payah nak konsisten. Hehehe…

  2. Perhhh… memang agak logik gaks apa yang bro sharekan nih… buleh aa di cuba2 nih… mana tau leh dpt gaks perut cam Bruce Lee tuh kan…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge