Balasan Suami Menyakiti Hati Isteri Yang Perlu Diinsafi Segera

Balasan suami menyakiti hati isteri betul-betul serius.Wajar untuk kita insafi segera dan cegah sebelum parah.Sejujurnya admin menulis berdasarkan rujukan kepada beberapa blog yang admin rasa wajar.Mudah-mudahan ia menjadi panduan kepada mereka berkaitan.Kalau boleh elakkan berlaku kepada kita.

Menurut artikel blog theasianparent.com menyatakan balasan ketara ialah rezeki kurang lancar.

Rezeki yang terhalang kerana perbuatan menganiaya isteri tidak boleh dipandang ringan.

Surah An Nisa ayat 19 ada menyebut,

“Dan gaulilah isterimu dengan baik, lalu jika kamu tidak menyukai mereka, maka bersabarlah karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu. 

Padahal Allah SWT telah menjadikannya kebaikan yang banyak.”

Secara jelas isteri adalah ujian buat suami.

WAJIB BACA :   Sabar pesanan Ustaz Ebit Lew dalam video terbaharunya

Suami juga ujian buat isteri.

Ujian yang admin maksudnya berkaitan iman.Sesiapa yang lulus sewajarnya akan mendapat pahala dan rahmat dari Allah SWT.

Apa pula kaitan dengan rezeki…

balasan suami menyakiti isteri

Ya.

Kebiasaannya jika isteri sudah marahkan suami, mereka akan ‘melaserkan’ suami dengan kata-kata nista.

Kata-kata adalah doa.Mungkin dalam berkata-kata nista ada yang Allah perkenankan.Maklum sahaja, doa orang yang dianiaya tidak berhijab.

Mungkin ada isteri yang begitu tega mendoakan kehidupan suaminya tidak berkat,tidak berguna dan sebagainya yang tidak elok.

Menurut artikel Mingguan Wanita pula sesiapa yang menyakiti hati isterinya akan menjalani kehidupan tidak berkat dan tidak berjaya.

Nampakkan kesan negatifnya.

Dalam artikel blog Pesona Pengantin pula menceritakan jika suami menyakiti hati isteri akan menyebabkan rezeki tertutup.

WAJIB BACA :   Memulakan Semula Kehidupan Selepas Kejatuhan

Isteri tidak mensyukuri rezeki yang diperoleh sebab hati sudah disakiti.Kurang bersyukur maka rezeki kurang masuk.

Senang fahamkan.

Dalam pada itu juga isteri akan melayani suami separuh hati.Tidak ikhlas dan tidak sungguh-sungguh.Bimbit-bimbit kehancuran akan menghakis kebahagiaan rumahtangga.

Sekali lagi, kurang bahagia maka rezeki pula kurang masyuk.

Formula mudah.

Rumahtangga kurang bahagia maka rezeki berbentuk ketenangan,kebahagiaan dan ceriaan lari jauh bertempiaran.

Penutup

Admin tidak membincangkan isu ini lebih lanjut.Namun admin tetap berpegang kepada hadis berikut:

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya. Dan akulah yang paling baik di antara kalian dalam bermuamalah dengan keluargaku.” (H.R. Tirmidzi)

Pembaca juga boleh mengamati pesanan Ustaz Azhar dalam isu balasan suami menyakiti hati isteri melalui Youtube dibawah ini.

WAJIB BACA :   Buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2 Wajib Dimiliki

Comments 31

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge