Saya ada post status berkaitan belajar kenal diri dalam Facebook atau belajar koreksi diri.
Baca sekali memang tidak mendatangkan kesan.Cuba baca berulang kali.
Mesej yang saya cuba sampaikan ialah belajar menilai diri sendiri.
Cari kekuatan.
Akui kelemahan.
Jika sudah jumpa kekuatan cuba gunakan untuk capai impian dan cita cita. Mumgkin bakat yang terpendam selama ini. Mungkin tabiat yang hebat dan boleh dimanfaat.
Sebaliknya jika sudah menemui kelemahan akui untuk diatasi. Mungkin ada sifat M. Mungkin ada sifat tidak sedar diri dan sebagainya.
Perbetulkan.
Atasi.
Ambik masa.Perlahan lahan tetapi istiqamah. Ini lebih baik dari drastik tetapi berhenti setengah jalan.
Persoalannya bagaimana hendak bermula?
Kita mulakan dengan perbaiki cara tidur. Percayalah tidur yang berkualiti akan memberi rasa rehat dan memperbaiki tenaga. Mulakan malam ini dengan mempraktik cara amalan tidur yang terbaik.
Boleh juga rujuk artikel yang ini, Petua Mudah Untuk Tidur Lena
Amalkan sedaya upaya.Jika belum berjaya cuba lagi.
Cuba berkali kali dan lagi.
Jangan harap nak dapat kejayaan lain dulu selagi belum capai kejayaan yang pertama yakni melatih untuk tidur supaya lebih teratur.
Amalkan yang termudah dahulu.
Biasakan sehingga menjadi tabiat.Sebab untuk mendapat rasa tenang dan rasa bahagia, keperluan tidur jangan sesekali diabaikan.
Saya rasa cukup itu dulu.Topik yang akan saya tulis selepas ini akan berkaitan antara satu sama lain.Sebab itu sentiasa follow Facebook saya untuk mengetahui perkembangan terkini.
Semoga kita semua bahagia, gembira dan berjaya.
Jika bermanfaat tolong kongsikan agar orang lain turut dapat manfaat seperti anda.
Jumpa lagi.
*kemaskini 29/10/20
hari kerja selalu mmg akak tidur dalam 7 jam, rasanya cukup dh tu… lena mmg lena tp kadang akak rasa tidur time ptg tu lagi rasa lena n bila bangun rasa lg best gitu…
bagus..
tidur 7 jam pun memadai dan sesuai dengan fisiologi badan
Amalkan yang termudah dahulu…
dan cuba buat selama 40 hari berturut2… insya allah nanti kita akan terbiasa dgn nya… kata dr. fadzilah kamsah…
betul tu..
jadikan tabiat
wah hebat hebat la awak..
Nice sharing sifu…
hahahaha…
sejak bila saya jadi sifu bro
nak tidur teratur tu yang paling susah tu….tidur tak tentu menyebabkan badan jadi penat…
kebiasaannya begitu.
tidur yang cukup maka badan akan berehat pada tahap opttimum
Part tidur tu betul. Bila badan sihat, otak pun cergas
ya kan.
pasti ini jagalah tidur sebaik yang mungkin
Selalu disiplin kan diri agar tidur teratur.. sebab bila tidur teratur memang akan rasa sedap badan..:)
itulah sebab utama kita tidur..
bagi kerehatan supaya badan lebih bertenaga untuk aktiviti keesokan harinya