5 cara mencari jodoh yang terbaik

Cara mencari jodoh terlalu banyak.Buka sahaja internet maka berlambak maklumat cara mencari jodoh untuk mereka yang masih belum berteman dan berpunya.Malah maklumat ini hampir sama dan saling berkaitan antara satu sama lain.

Dalam artikel ini admin akan berkongsikan cara mencari jodoh yang terbaik.Apapun jadikan ianya satu panduan tambahan kerana cara yang akan dikongsikan ini bukannya 100 betul dan berkesan untuk semua orang.

Cara mencari jodoh

cara mencari jodoh

1.Berdoa

Tidak dapat tidak, doa adalah cara terbaik untuk mendapat sesuatu yang berada diluar pengetahuan kita.Doa perlu bersungguh-sungguh dan tanpa ada rasa sangsi dengan kekuasaan Allah SWT.Keyakinan itu segala-galanya kepada Allah.

Berdoa menggunakan bahasa yang kita fahami.Tak guna berdoa tetapi tidak difahami .Admin selitkan doa cari jodoh untuk pembaca semua.

WAJIB BACA :   Tiga ciri pekerja disukai majikan

Doa untuk lelaki,

“Ya Allah, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”

Doa untuk wanita,

“Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat.”

Senang tak contoh doa diatas.Memang senang.Terpulang dengan kita sama ada yakin,percaya atau istiqamah sahaja untuk terus berdoa dan berdoa.

2.Menyukai orang lain

Ini sangat penting.Kita tidak mampu ubah orang untuk suka dengan kita.Namun kita mampu ubah diri supaya kita suka dengan orang.Ini adalah getaran positif yang akan kita sampaikan kepada orang lain.

Dengan getaran positif  secara tidak langsung kita akan disukai oleh lain terutama bakal jodoh.

Percayalah.Jodoh sudah dekat dan berada di mana-mana.Perlu juga ingat kita suka dengan semua orang.Jangan pula suka kepada bakal isteri atau suami semata-mata.Bahkan suka dengan nenek pun boleh kerana cucunya mungkin bakal jodoh kita.

WAJIB BACA :   Projek Pendapatan Sampingan Pilihan Ramai

Siapa tahu.Betul tak ?

3.Bersedekah kerana Allah

Kesan sedekah amat luarbiasa.Jadi gunakan pendekatan bersedekah untuk mendapat jodoh yang kita inginkan.Niatkan kerana Allah dan mohon Allah ganti apa yang kita sedekah itu dengan jodoh yang terbaik.

Lagi banyak bersedekah lagi bagus.Pahala dapat dan in shaa Allah jodoh pun dapat.Terpulang dengan percaya atau tidak.Sanggup atau tidak.

“ Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari
kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain…” (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Cari orang susah untuk dibantu.Dengan bersedekah tenaga,wang ringgit,idea dan sebagainya in shaa Allah memberi kelegaan kepada mereka.

Malah ‘kelegaan’ juga boleh dirasai setelah bernikah dengan pasangan idaman kita.

4.Luaskan pergaulan

Jangan salah faham pulak,Bukan pergaulan bebas tetapi perbanyakkan rakan dan taulan.Hebahkan diri kita.Beritahu kawan-kawan kita tengah mencari jodoh terbaik.

Ada kemungkinan mereka juga tahu ada calon jodoh untuk kita.Tidak salah mencuba sesuatu yang nampak seperti ketinggalan zaman.Namun cara ini lebih diyakini untuk menemui jodoh.

WAJIB BACA :   5 kasta pendapatan manusia

Tambahan pula kalau ada rangkaian kawan-kawan yang soleh.Mereka boleh rekemen orang yang soleh atau orang yang solehah untuk kita sebagai pasangan hidup.

5.Daftar diri di portal cari jodoh

Jika pembaca rasa malu dan tiada masa untuk mencari calon jodoh,jangan risau.Dunia digital pada hari ini semuanya berada di hujung jari.Maklumat bakal calon jodoh akan dipadankan dengan maklumat yang kita ada.

Sebelum mendaftar di portal cari jodoh adalah lebih elok senaraikan ciri-ciri calon jodoh yang kita nak ingini dengan lengkap dan tepat.In shaa Allah akan dapat padanan yang tepat juga.

Jika berminat boleh layari laman web Baituljannah untuk menemui bakal jodoh di sana.

Penutup

Cara mencari jodoh yang terbaik sangat bergantung kepada doa.usaha,ikthiar dan tawakal.Tidak semuanya sama dengan individu yang lain.Sebab jodoh,ajal dan rezeki adalah rahsia Allah SWT kepada umat manusia.

Bila rahsia barulah hidup ini penuh kejutan.

Oh ya !

Sekiranya sudah bertemu jodoh jangan malu-malu untuk menempah pakej fotografi perkahwinan. 

*kemaskini – 21/4/2020

Comments 19

Leave a Reply to adarain Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge