Cukup ke RM150 untuk belanja dapur sebulan ?

Belanja dapur sebulan cuma RM150.  Sejujurnya inilah cabaran crazy untuk saya lakukan dalam tahun ini. Saya harap cabaran belanja dapur sebulan ini boleh berjaya.

Cabaran bermula 1 November sehingga 30 November 2019.

Sebelum ini saya pernah buat cabaran Bagaimana Urus Duit RM50 Untuk Seminggu. Pada masa itu saya tidak masak di rumah. Saya cuma makan atau membeli makanan yang siap dimasak.

Alhamdulillah saya berjaya melakukan tanpa meninggalkan apa-apa baki duit sekalipun.

Ya Berjaya mengawal bajet dengan sangat ketat. Tiada stok makanan dan tiada perkara terdesak untuk menyebab bajet lari.

Bagaimanapun cabaran pada kali ini lebih mencabar kerana tempoh masa sehingga sebulan. Cuma saya berpeluang memasak sendiri dengan teknik rebus haba tinggi ( sekadar istilah) di dapur sendiri

WAJIB BACA :   Bagaimana dapat pelan rumah percuma ?

Saya melakukan cabaran ini sekadar mencuba. Ia cuma pilihan dengan kerelaan sendiri dan saya boleh membatalkan cabaran ini bila-bila masa sahaja. Didoakan saya supaya jangan mengalah.

Tujuannya untuk menguji tahap kesabaran dan kemampuan berbelanja di bawah kemampuan sebenar.  Mungkin kepada mereka hidup lebih susah boleh menganggap cabaran ini biasa-biasa sahaja.

Dalam realiti masyarakat di luar sana, saya percaya masih ada yang hidup jauh lebih sukar. Mereka hanya mampu berbelanja lebih kecil dari apa yang saya cuba peruntukan ini.

Kita lihat dulu.

Adakah saya mampu bertahan 30 hari atau sekadar 14 hari dengan bajet RM150. Sama-sama kita tunggu. Yang pasti saya akan jujur dengan diri sendiri.

WAJIB BACA :   Tonton Drama Nur Sentap Iman La Pulak

Dari semasa ke semasa saya kemaskini perkembangan cabaran ini.

Saya senaraikan barang-barang makanan yang boleh dibeli dengan harga termurah namun tetap berkhasiat. Sumber karbohidrat, protein dan serat beserta vitamin dalam kuantiti seimbang.

1.Beras = abaikan kerana masih ada stok

2.Roti kering = dua peket besar ( RM17.80)

3.Telur ayam = empat tray ( 48.00)

4.Malt Cokelat = 2kg ( RM22.90)

5.Buah-buahan = purata 2 biji sehari ( RM60)

6.Air tapisan = 1 Liter berharga RM0.10 ( RM1.30)

Jumlah kasar = RM150.00

Bahan penyedap rasa seperti kicap dan mentega kacang saya tinggalkan. Begitu juga dengan keropok goreng, mee kolok, roti canai telur, ayam penyek, dan rojak ayam terpaksa saya pejam mata dalam sebulan.

Lupakan makanan ini buat sementara

WAJIB BACA :   Review tablet Teclast P20HD secara peribadi
nasi ayam
Nasi aruk
Biriani kambing
Ayam penyek

Dalam cabaran belanja dapur sebulan ini saya pasti melupakan makanan yang sedap-sedap. Realitinya saya jarang makan yang sedap-sedap juga.Ini satu kelebihan untuk saya.

Mampukan saya mengharungi cabaran ini dan sama-sama kita nantikan perkembangannya nanti.

Terima kasih sudi membaca dan teruskan baca artikel terkini saya di —-> SINI

  • Kemas kini 8/7/22

Comments 22

Leave a Reply to Loan business enterprise 2019 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge