Cukup ke RM150 untuk belanja dapur sebulan ?

Cukup ke RM150 untuk belanja dapur sebulan ?

Belanja dapur sebulan cuma RM150. Sejujurnya inilah cabaran crazy untuk saya lakukan dalam tahun ini.Saya harap cabaran belanja dapur sebulan ini boleh berjaya.

Cabaran bermula 1 November sehingga 30 November 2019.

Sebelum ini saya pernah buat cabaran Bagaimana Urus Duit RM50 Untuk Seminggu.Pada masa itu saya tidak masak di rumah.Saya cuma makan atau membeli makanan yang siap dimasak.

Alhamdulillah saya berjaya melakukan tanpa meninggalkan apa-apa baki duit sekalipun.

Ya.Berjaya mengawal bajet dengan sangat ketat.Tiada stok makanan dan tiada perkara terdesak untuk menyebab bajet lari.

Bagaimanapun cabaran pada kali ini lebih mencabar kerana tempoh masa sehingga sebulan.Cuma saya berpeluang memasak sendiri dengan teknik rebus haba tinggi ( sekadar istilah) di dapur sendiri

Saya melakukan cabaran ini sekadar mencuba.Ia cuma pilihan dengan kerelaan sendiri dan saya boleh membatalkan cabaran ini bila-bila masa sahaja.Didoakan saya jangan mengalah.

Tujuannya untuk menguji tahap kesabaran dan kemampuan berbelanja di bawah kemampuan sebenar. Mungkin kepada mereka hidup lebih susah boleh menganggap cabaran ini biasa-biasa sahaja.

Dalam realiti masyarakat di luar sana, saya percaya masih ada yang hidup jauh lebih sukar.Mereka hanya mampu berbelanja lebih kecil dari apa yang saya cuba peruntukan ini.

Kita lihat dulu.

Adakah saya mampu bertahan 30 hari atau sekadar 14 hari dengan bajet RM150.Sama-sama kita tunggu.Yang pasti saya akan jujur dengan diri sendiri.

Dari semasa ke semasa saya kemaskini perkembangan cabaran ini.

Saya senaraikan barang-barang makanan yang boleh dibeli dengan harga termurah namun tetap berkhasiat.Sumber karbohidrat, protein dan serat beserta vitamin dalam kuantiti seimbang.

1.Beras = abaikan kerana masih ada stok

2.Roti kering = dua peket besar ( RM17.80)

3.Telur ayam = empat tray ( 48.00)

4.Malt Cokelat = 2kg ( RM22.90)

5.Buah-buahan = purata 2 biji sehari ( RM60)

6.Air tapisan = 1 Liter berharga RM0.10 ( RM1.30)

Jumlah kasar = RM150.00

Bahan penyedap rasa seperti kicap dan mentega kacang saya tinggalkan.Begitu juga dengan keropok goreng, mee kolok, roti canai telur, ayam penyek, dan rojak ayam terpaksa saya pejam mata dalam sebulan.

Lupakan makanan ini buat sementara

nasi ayam
Nasi aruk
Biriani kambing
Ayam penyek

Dalam cabaran belanja dapur sebulan ini saya pasti melupakan makanan yang sedap-sedap.Realitinya saya jarang makan yang sedap-sedap juga.Ini satu kelebihan untuk saya.

Mampukan saya mengharungi cabaran ini dan sama-sama kita nantikan perkembangannya nanti.

Terima kasih sudi membaca dan jangan segan-segan untuk follow blog ini sama ada melalui email atau saluran media sosial seperi di bawah.

22 thoughts on “Cukup ke RM150 untuk belanja dapur sebulan ?”

  1. kalau bujang memang boleh sgt… tp tu laa godaan di sekeliling sgt kuat lbh2 tmpt yg byk jual mknn. pernah try x beli mknn luar 2 mggu (msk sendiri) akhirnya tewas jg kerana pasar mlm haha

    • ya untuk mereka yang solo dan tahan iman dengan dugaan makan.

      kalau tidak sanggup ..belajar la menccari duit lebih untuk tampung hidup yang memerlukan duit banyak

  2. Good luck bro… Saya pernah buat challenge tak keluar duit satu sen pun untuk sebulan… Seronok beb… Dapat jimat duit… Tapi challenge tu saya buat di bulan Ramadhan saja…. kikikiki…

    • wow hebat tu..

      teringin juga buat cabaran paling senang..

      habiskan duit gaji sebulan dalam sehari..

      untuk tujuan tersebut perlu saving tiga bulan sebelumnya untuk cover ketirisan mengejut hehehe

    • bajet ini khas untuk mereka yang hidup sebatang kara dan sesuai untuk mereka nak berjimat tahap giler-giler.

      kalau boleh jangan la sebab sangat sederhana sehingga nikmat makan sedap susah nak dapat.

  3. Semoga dimudahkan urusan tuan ya. Just nak share juga, pada pandangan saya, InsyaaAllah cukup RM150 sebulan untuk seorang makan. Syaratnya masak dan bawa bekal dari rumah sebab kami hidup berkeluarga kos barang dapur sebulan cuma RM200-RM250. Tak makan /beli makanan di luar.

    Kicap dan segala perisa kami tak beli, minuman manis pun tak beli juga, minum air tapis je. Kami fokus kepada macro nutrients sahaja (protein, karbo, fat), sayur dan buah tu memang wajiblah kan. Dengan kos itu boleh create menu sihat bajet rendah untuk makan 3x sehari . Kalau rajin tanam lah sayur-sayur mudah kat rumah macam taugeh,pegaga ke kan. Hehe. All the best!
    Hawa Hassan recently posted…Resipi Kek Coklat Moist Keto Yang Mudah Dibuat Dan Terbukti SedapMy Profile

  4. Boleh tuan saya pernah mencuba.tapi pagi,tengahari dan malam kna mkn nasi.masak skali ja waktu pagi.hehe…menu utama ialah telur.goreng,rebus ,gulai,sambal,masak kicap mahupun sayur lemak.ikan bilis dan cili kisar jgn lupa tuan.insyaAllah boleh berjaya.dlu masa bujang2 dlu.baru sampai kl.masak pun guna rice cooker.mklumlah baru graduate tapi tknk susahkn family kt kg…
    Introducer account semasa company recently posted…New Approval of maybank business current account of EDAYU EMPIRE from kelantan.My Profile

Leave a Reply to sunah sakura Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: