Orang berjaya miliki dua rahsia ini

Ramai orang berkeinginan untuk menjadi orang berjaya.Namun masih ramai lagi yang belum berjaya menjadi orang berjaya.Tentu ada rahsia di sebalik ini semua.

Mengapa ini terjadi ?

Adakah orang berjaya itu satu takdir yang telah ditentukan ?

Adakah orang berjaya milik orang tertentu sahaja ?

Inilah persoalan yang selalu berlegar dalam minda saya sekarang ini.

Bagaimana menjadi orang Berjaya dengan cara yang paling praktikal ?

Bukan sekadar teori.Bukan sekadar testimoni

Tetapi cara yang betul-betul berkesan untuk menghasilkan “success result”.Ada bukti yang boleh dipercayai dan diyakini.

Baru-baru ini saya sempat bersembang dengan bos besar tempat saya bekerja.Beliau pecahkan rahsia mengapa beliau boleh berjaya dalam segala lapangan yang diceburinya.

Sebagai orang yang nak berjaya dan ingin menjadi orang berjaya seperti beliau tentulah saya cukup teruja untuk mengetahuinya.

Menurut beliau, ada dua perkara yang mesti ada dalam mindset untuk berjaya.

Orang berjaya

Tentulah saya percaya kerana kejayaan beliau sudah dibuktikan depan mata saya sendiri.

WAJIB BACA :   Tabiat fokus boleh cipta kejayaan hebat

Lainlah kalau saya sendiri yang bercakap dan kejayaan pula belum nampak batang hidungnya. ( kejayaan untuk tackle awek hehehe ).

Saya teruskan.

Ada dua mindset orang berjaya menurut bos saya.Rasanya semua orang boleh menteladani mindset atau mentaliti ini jika ingin berjaya dalam apajua bidang yang diceburi.

1.Bekerja dengan teruja

orang berjaya

Dalam bahasa popularnya ialah “do the job or task with passionate.”

Bak kata Tuan Afnan Rosli, buat sesuatu dengan “soo good” sehingga orang lain tidak dapat “deny” hasil kerja kita.

Bos saya kata, bekerjalah dengan penuh teruja setiap masa.Dengan bekerja cara begini kita tidak akan rasa letih dan jemu untuk melakukan dari hari ke sehari.Malah boleh melakukan sepenuh hati dan buat sehabis baik.

WAJIB BACA :   Hati Seorang Perempuan Sukar Untuk Ditakluki

Menurut bos lagi, beliau sentiasa bekerja tanpa rasa letih dan jemu.Bahkan beliau sentiasa bersemangat untuk melakukan sesuatu dengan terbaik.

Apa impikasinya ?

Sudah tentu kejayaan lebih cemerlang berbanding orang kebanyakan yang ada di muka bumi ini.

Saya juga mengakui fakta ini.Saya banyak membaca kisah orang berjaya.Mereka teruja dangan apa yang mereka lakukan tanpa kenal erti penat lelah.Mereka melakukan sesuatu yang mereka sukai umpama rehat sambil bekerja atau bekerja itu rehat.

Malah ada yang sudah bertaraf jutawan tetapi masih lagi bekerja kerana mereka bekerja kerana minat dan keghairahan yang tidak boleh bawa bincang lagi.

Jadi tidak hairan, mereka ini semakin hari maka semakin kaya.

2.Sentiasa berfikiran positif

Orang berjaya

Saya kaitkan rahsia bos saya dengan teori oleh Bob Proctor, seorang pakar motivasi dunia.

Bob Proctor kata kejayaan sebenar dipengaruhi oleh :

WAJIB BACA :   Cerita 5 pemuda berjaya dan kaya

5 peratus = strategi

95 peratus = mindset

Ya.

Mindset yang bagaimana mana boleh membentuk orang berjaya ?

Berbalik pada topik ini.

Tentulah pemikiran positif.Mereka melihat setiap perkara buruk ada hikmah yang baik.

Agama Islam sendiri mengajak umatnya untuk sentiasa ada harapan positif.Ada husnuzon dan yang paling penting jangan berputus asa dalam kehidupan ini.

Bos saya kata lagi, beliau sentiasa melihat sesuatu perkara dengan pandangan positif.Tidak perlu untuk mengeluh atau resah tanpa sebab yang jelas.

Penutup

Izinkan saya untuk menggunakan kata-kata ini,

“sudah terang lagi bersuluh” .

Lihat sekali lagi.Rahsia orang berjaya adalah bekerja dengan teruja dan sentiasa berfikiran positif.

Ada dua sahaja.

Tentulah amat praktikal untuk kita praktik dalam kehidupan setiap hari.Dua ini sahaja sudah cukup dan jika hendak lebih pun boleh.

Sebab orang berjaya tidak cakap sahaja.Mereka buat apa yang mereka kata.

Pembaca pula bagaimana ?

Harapan saya semoga kita semua ada keinginan dan kesungguhan untuk berjaya

*Kemaskini 10/2/2020

Comments 26

Leave a Reply to mamapp Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge