Poco-Poco Marathon Samarahan 2024

Saya berkesempatan turun padang untuk menyertai Poco-Poco Marathon 2024. Acara tersebut pada 3 Februari 2024 jam 7.30 pagi bersempena Karnival Usahawan Desa (KUD) 2024 di Halaman Samarahan. Poco-poco adalah tarian yang cukup popular di Malaysia dan Indonesia. Di Sarawak sendiri, tarian Poco-poco sudah sebati dengan sebarang keraian atau majlis yang menghiburkan sama seperti tarian nopeng atau … Read more

Kenali ciri-ciri pelaburan haram

ciri-ciri pelaburan haram

Saya terpanggil untuk berkongsi info berkaitan ciri-ciri pelaburan haram. Mana tidaknya kerana hampir setiap hari kita didendangkan dengan berita mangsa yang terjerat pelaburan tersebut. Kesian mangsa yang rugi ribuan ringgit dan ada juga jutaan ringgit lesap akibat terpesona dengan pelaburan yang indah khabar dari rupa. Bagaimanakah keadaan mereka sekarang? Mungkin ada yang menderita, trauma, kesal … Read more

Khidmat Kontraktor Rumah Disyorkan di Lembah Klang

Khidmat Kontraktor Rumah

Adakah anda sedang mencari khidmat kontraktor rumah yang disyorkan untuk mengubahsuai rumah anda di Lembah Klang? Tentu ramai yang inginkan rumah yang cantik dan menawan untuk keselesaan seisi keluarga. Tiada cara lain selain membuat pengubahsuaian rumah yang selari dengan citarasa, bajet dan kemahiran kontraktor. Tapi anda perlu ingat dan berhati-hati kerana jika tersilap pilih kontraktor … Read more

Pelajari A.S.K untuk berjaya

Ada ada apa dengan A.S.K? Mungkin ada yang penasaran atau ingin tahu tentang perkara tersebut. Saya mengetahui A.S.K hasil perkongsian semasa mesyuarat tahunan masjid tempat saya bermukim. Pengerusi masjid menyentuh konsep A.S.K. ketika membentang laporan mesyuarat. Tak sangka pulak saya cukup tertarik dengan konsep tersebut. Jom kita lihat apa itu A.S.K ? Pelajari A.S.K A … Read more

Majlis graduasi Tahun Enam berjalan lancar

Hari Sabtu bersamaan 27 Januari 2024, saya berkesempatan untuk menghadiri majlis graduasi anak bongsu di SK Dato Mohd Musa. Dalam sedikit masa lagi, dia akan menginjak kaki ke sekolah menengah. Majlis bermula seawal 7.00 pagi dengan kedatangan para murid dan ibu bapa. Tepat jam 8.46 pagi kedatangan tetamu terhormat dan jemputan khas. Saya ringkaskan, takut … Read more

Cukai wajib dibayar

Penghulu segala hari sudah tiba lagi. Tidak terasa masa begitu cepat berlalu. Minggu lepas hari Jumaat dan hari ini jumpa lagi hari Jumaat. Semasa khutbah Jumaat minggu ini menyentuh topik cukai wajib dibayar. Cukai adalah cara kerajaan untuk mengumpul duit rakyat untuk diberi semula kepada rakyat. Dalam bahasa ekonomi cukai adalah dana perolehan untuk mentadbir, … Read more