Iftar Boleh Jimat Mengapa Boleh Boros

Iftar merujuk kepada berbuka puasa.Di Sarawak iftar adalah sungke.Memang jauh sungguh bunyinya tetapi maksudnya tetap sama iaitu makan selepas habis tempoh berpuasa. Bulan Ramadan bulan yang mulia.Satu bulan yang mentarbiahkan kita agar lebih bersabar dan lebihkan ibadah kepada Allah SWT.Kalau boleh terus istiqamah beribadah dalam bulan-bulan yang lain pula. Sehingga ke hari ini ( artikel … Read more

Cabaran Di Booth Pameran Yang Biasa Dirasai

Team kami sudah berada di booth Suara Sarawak selama dua hari sempena Pameran Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019.Memang jujur dikatakan mencabar hati,perasaan dan minda. Biasalah orang yang sudah bekerja di belakang tabir, kena pula berada di barisan hadapan.Mau tak gelabah dibuatnya. Saya dan team Suara Sarawak memang beruntung.Begitu juga dengan 39 booth pelbagai agensi … Read more

Apabila orang tua berbicara…

Orang tua jangan dipandang sebelah mata.Sekali tersedar dari mimpi rupanya tua bukan sebarang tua.Mereka bagaikan otai masih berbisa. Pepatah kata, semakin tua semakin menjadi.Macam nyiur atau kelapa.Lagi tua lagi banyak santannya. Berlawanan pula dengan pick up line orang muda, “ kubur kata mari, rumah kata pergi ”. Itulah dilema orang yang sudah menginjak tua Macam … Read more

Pengalaman Seram Bermalam Di Bilik 106

Pengalaman seram ini memang kisah benar yang saya sendiri alami.Jumaat yang lepas, saya ada urusan penting di luar kota.Atas sebab tiada pilihan lain, saya cuba bermalam di sebuah hotel bajet. Tempahan saya buat secara online.Biasalah zaman sekarang.Sikit-sikit online.Nak cari jodoh pun online.Silap hari bulan kahwin pun online….hehehe Demi menjaga nama baik tempat tersebut saya tidak … Read more

Cerita Kedai Kopi Yang Mengasyikkan

Bukan selalu saya ada cerita kedai kopi. Kadang-kadang dan jarang-jarang. Seusai mengerjakan tanggungjawab rutin di masjid berdekatan, saya singgah di kedai kopi. Saya berseorangan. Tiada kawan untuk lepak seawal pagi begini. Memang saya tidak biasa untuk lepak bersama kawan-kawan. Saya tidak membawa gajet. Sebab itu tiada gambar selfie. Yang ada dompet nipis yang di dalamnya … Read more

Kitaran Hidup Manusia Bagaikan Misteri Sukar Diduga

Kitaran hidup manusia bermula dari hari kelahiran sehingga hari kematian.Dalam tempoh tersebut pelbagai ragam, kejadian dan keajaiban telah dan akan berlaku. Namun saya tidak ingin berbicara terlalu serius. Cukuplah penulisan ini secara santai hasil pandangan peribadi semata-mata. Saya tidak membuat kajian kepada orang lain. Subjek kajian adalah diri sendiri. Tidak adil untuk saya membuat perbandingan … Read more