Nak tahu betul ke tidak teh hijau boleh kempiskan perut, jom baca sahaja artikel ini hingga ke penghujung.Bukan penghujung nyawa, hehehe
Sejujurnya teh hijau tidak sedap kalau diminum tanpa gula.
Teh tarik mamak lagi sedap.Lagi tinggi ditarik lagi sedap la.
Emm….admin pernah kerja buat air di restoran dan buat teh tarik antara tugas yang admin suka dalam rela.
Kerja terpaksa la tu.
Alhamdulillah ada berita baik!
Admin ada membeli teh hijau jenama Lipton baru-baru ini.Sekotak berharga RM11 yang mengandungi 50 uncang.Carilah mana-mana kedai yang femes dijangka ada menjualkan teh hijau dengan pelbagai jenama.Mungkin teh hijau Boh dan sebagainya.
Teh hijau dipercayai mengandungi beberapa khasiat yang bagus untuk kesihatan.
1.Bakar lemak
2.Turunkan berat badan
3.Tingkatkan metabolisma.
4.Banyak lagi la ( Google kan ada)
Sebelum ini admin ada menulis satu artikel bagaimana kisah seorang lelaki yang ingin mengurangkan perut buncit dalam masa tiga bulan.
Baru-baru ini, dia beritahu admin bahawa perut yang ingin dikempisnya kurang menjadi.
Bertambah besar lagi ada.
Biarpun lelaki tersebut sudah melakukan senaman keras dan pola pemakanan tanpa minyak,manis dan lemak namun hasilnya belum ada kesan yang ketara.
Tambahnya lagi awek pun tak berani dekat dengan lelaki yang boroi.Kalau dompet boroi lain cerita tu.
Admin gelak dan lelaki itu gelak.Kami pun gelak sakan memecah heningan petang tersebut.
Admin cuba pujuk lelaki tersebut.Usahanya baru satu bulan.Ada masa dua bulan lagi untuk melihat perubahan yang seterusnya.
Semakin kempis atau semakin buncit.
Admin galakkan dia untuk mengamalkan beberapa tip yang lain sementara tip yang sebelum itu diteruskan juga.
Antaranya minum teh hijau.Jadikan minuman wajib 30 minit selepas waktu makan.
Boleh diambil 1 sehingga 3 kali sehari.
Jangan pulak lebih-lebih nanti terlebih kurus jadinya.
Jangan diminum sambil makan.
Jangan diminum ketika perut masih kosong.
Rasionalnya..
Teh hijau ada bahan yang aktif untuk metabolisme badan.
Untuk pengetahuan, orang yang mempunyai metabolisma tinggi biasanya kurus dan slim.Secara logik orang yang gemuk dan buncit memiliki kadar metabolisma yang rendah.
Semakin meningkat usia maka semakin gila-gila pulak metabolisma.
Sebab itu orang yang sudah berumur senang naik berat badan.Biasanya perut akan boroi kepada golongan lelaki.
Golongan wanita pula pada bahagian peha.
Tidak hairan kalau pergi restoren Atuk Janggut Putih akan ada awek yang cantik bertanya, “ abang nak peha atau nak dada ?”
Jalan selamat jangan suruh sang suami ambik order tetapi serahkan sahaja tugas tersebut kepada sang isteri.
Aman dunia.
hahahaha..
Penutup:
Tiada jalan pintas dan mudah untuk kempiskan perut buncit.
Mengamalkan minum air teh hijau cuma satu ikhtiar selain menjaga pola pemakanan,gaya hidup sihat dan disiplin diri yang mantap.
Perlu ingat.
Teh hijau tersebut memang tidak sedap namun boleh cuba keberkesanannya.Sambil berusaha sambil berdoa baharu ada kesan yang mengembirakan.
Selamat mencuba.
Kebanyakkan orang yang berjaya kempiskan perut kerana semangatnya yang kental
itulah harga semangat yang kental..
perlu dinikmati saat-saat itu
betul tu.. nak kurus ni bukannya dalam masa sekejap terutama kalau nak kempiskan perut. perlu juga amalkan gaya hidup sihat
kauthar mohd recently posted…Atasi Simpul Biawak, Sakit Pinggang Dan Sakit Urat Dengan Ostematrix Shaklee
hahahha…
cabaran yang perlu ditangani dengan sabar dalam proses mengempiskan perut..
buah kesabaran mestilah kejayaan untuk memiliki bentuk perut yang diingini.
betul jgk tu kan…
mmg minum teh hijau pns2 bgs utk susutkan bdn… tp mkn kene jaga jgk
klu mkn pun tak jaga pakai hentam je pastu minum teh hijau… takde kesan jgk heheheh
memanglah…
teh hijau cuma penggalak agar badan cepat susut bagi mereka yang ada masalah berat badan
haha setuju sgt, kena bersenam dan jaga jgn makan malam baru boleh kurus tau
kombinasi bersenam dan pemakanan sihat memang padu untuk jadi slim..betul tu.
betul minum teh ni boleh bantu metabolisme badan kita. contoh teh yang saya amalkan, cinch tea. ada kawan saya minum 4 sachet shear terus badannya turun yang banyak dan sekarang maintain je. hehehe…
wow best nyer kalau berada pada badan yang maintain…
hati gembira dan rasa bahagia selalu..
Teman jarang sangat minum air teh… Biasanya teman minum air lemon atau limau suam je… anyway, nice sharing…
limau dan lemon pun boleh sebenarnya..
yang penting istiqamah untuk beramal
terbaik..
terima kasih
mgkn minum shj x leh nk kempis trs. perlu diiringi dgn senaman jg walaupun setakat sit up 5 minit…
ya…memang perlu pelbagai kombinasi…
jangan selalu stress dan happy-happy la selalu
aku dah pakai bermacam minuman namun nasib umur dah tua metabolisme tubuh sudah lambat jadi susah nak hilangkan perut buncit
hahahaha..
jangan berputus mas..
kontrol sahaja pemakanan dan rajin la bersenam
syoknya dapat turun berat. sebab dalam teh hijau tu ada kandungan polifenol (cetachin). memang fungsinya boleh bantu kurus.
Raihanah recently posted…Youth Restoring Eye Treatment Selesaikan 5 Masalah Mata
ya memang syok kalau berat turun dalam kawalan..
Teh hijau ni, masa mula minum mcm tak lalu, tapi lama-lama sedap pula
tu maksudnya lidah lama kelamaan sudah lali ..
hahahaha
kurangkan kanji kurangkan gula..in sha Allah berkesan
Belang Tarung recently posted…Hidangan Ala Hipster Di Paramount Coffee House Vista Alam Shah Alam
wow…
saya suka tip tu..
moga bermanfaat untuk kita semua
Betul, aku kosumsi banyak teh hijau juga tetap endut dan melendung perut ini. Yang terpenting itu jaga pola makan, bener banget. apalagi usia dah mendekati 40
hahahahaha..
perut endut nampak seksi juga kalau sesuai dengan muka
Menjadi sangat sebab saya pernah buat dulu. Tiap pagi memang membuang dulu..
wow..
satu testimonial yang saya anggap cukup menarik
minum tanpa gula
ya..itu yang sepatutnya.
Bagus juga ni.. kesihatan mmg perlu dijaga skrng ni. Tp org kata klu perut boroi tu bnyk rezeki, mcm bos2 hehee 🙂
Khir Khalid recently posted…Culinary Workshop By Master Chef Dr Rick Stephen
itu cuma persepsi minda je tuan..
bukan berdasarkan kajian saintifk.
jika fikir logik macm betul juga sebab jarang sangat terjumpa orang yang kaya raya tetapi kurus melidi hahahaha..
yang ada perut besar dan gemuk-gemuk
teh hijau adalah salah satu cara..satu lagi cara opkos kena buat sit up secara konsisten
betul tu…
untuk berjaya perlukan usaha yang konsisten
Betul.. Walau mcmnapun kena jaga pemakanan dan bersenam selalu antara cara yang berkesan untuk elak perut boroi
aryn fadz lee recently posted…KEJOHANAN PETANQUE MAKSAK PERINGKAT NEGERI SABAH
perut yang leper adalah tanda kejayaan mengawal pemakanan dan senaman..
Betul ni…cuma perlu berulang alik ke tandas jak huhu
Elih Japahar recently posted…Cara Menjadi Agen Insurans Takaful
tak pe bro..
yang penting slim dan ramping hahahaha
thanks kak ulasannya, lengkap banget ini
sama-sama..
in shaa Allah boleh kot