Betul Ke Teh Hijau Boleh Kasi Kempis Perut Buncit ?

Nak tahu betul ke tidak teh hijau boleh kempiskan perut, jom baca sahaja artikel ini hingga ke penghujung.Bukan penghujung nyawa, hehehe

Sejujurnya teh hijau tidak sedap kalau diminum tanpa gula.

Teh tarik mamak lagi sedap.Lagi tinggi ditarik lagi sedap la.

Emm….admin pernah kerja buat air di restoran dan buat teh tarik antara tugas yang admin suka dalam rela.

Kerja terpaksa la tu.

Alhamdulillah ada berita baik!

Admin ada membeli teh hijau jenama Lipton baru-baru ini.Sekotak berharga RM11 yang mengandungi 50 uncang.Carilah mana-mana kedai yang femes dijangka ada menjualkan teh hijau dengan pelbagai jenama.Mungkin teh hijau Boh dan sebagainya.

teh hijau

Teh hijau dipercayai mengandungi beberapa khasiat yang bagus untuk kesihatan.

WAJIB BACA :   Jodoh bukan dicari tapi diminta

1.Bakar lemak

2.Turunkan berat badan

3.Tingkatkan metabolisma.

4.Banyak lagi la ( Google kan ada)

Sebelum ini admin ada menulis satu artikel bagaimana kisah seorang lelaki yang ingin mengurangkan perut buncit dalam masa tiga bulan.

Baru-baru ini, dia beritahu admin bahawa perut yang ingin dikempisnya kurang menjadi.

Bertambah besar lagi ada.

Biarpun lelaki tersebut sudah melakukan senaman keras dan pola pemakanan tanpa minyak,manis dan lemak namun hasilnya belum ada kesan yang ketara.

Tambahnya lagi awek pun tak berani dekat dengan lelaki yang boroi.Kalau dompet boroi lain cerita tu.

Admin gelak dan lelaki itu gelak.Kami pun gelak sakan memecah heningan petang  tersebut.

Admin cuba pujuk lelaki tersebut.Usahanya baru satu bulan.Ada masa dua bulan lagi untuk melihat perubahan yang seterusnya.

WAJIB BACA :   Cerita gempar di hotel murah Sibu

Semakin kempis atau semakin buncit.

Admin galakkan dia untuk mengamalkan beberapa tip yang lain sementara tip yang sebelum itu diteruskan juga.

Antaranya minum teh hijau.Jadikan minuman wajib 30 minit selepas waktu makan.

Boleh diambil 1 sehingga 3 kali sehari.

Jangan pulak lebih-lebih nanti terlebih kurus jadinya.

Jangan diminum sambil makan.

Jangan diminum ketika perut masih kosong.

Rasionalnya..

Teh hijau ada bahan yang aktif untuk metabolisme badan.

Untuk pengetahuan, orang yang mempunyai metabolisma tinggi biasanya kurus dan slim.Secara logik orang yang gemuk dan buncit memiliki kadar metabolisma yang rendah.

Semakin meningkat usia maka semakin gila-gila pulak metabolisma.

Sebab itu orang yang sudah berumur senang naik berat badan.Biasanya perut akan boroi kepada golongan lelaki.

WAJIB BACA :   Makanan penguat tenaga batin lelaki [ Edisi kemas kini ]

Golongan wanita pula pada bahagian peha.

Tidak hairan kalau pergi restoren Atuk Janggut Putih akan ada awek yang cantik  bertanya, “ abang nak peha atau nak dada ?”

Jalan selamat jangan suruh sang suami ambik order tetapi serahkan sahaja tugas tersebut kepada sang isteri.

Aman dunia.

hahahaha..

Penutup:

Tiada jalan pintas dan mudah untuk kempiskan perut buncit.

Mengamalkan minum air teh hijau cuma satu ikhtiar selain menjaga pola pemakanan,gaya hidup sihat  dan disiplin diri yang mantap.

Perlu ingat.

Teh hijau tersebut memang tidak sedap namun boleh cuba keberkesanannya.Sambil berusaha sambil berdoa baharu ada kesan yang mengembirakan.

Selamat mencuba.

Comments 40

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge