3 cara untuk tingkatkan imej kendiri

Imej kendiri yang ingin saya maksudkan ialah self-image. Saya cuba perjelaskan dengan kefahaman sendiri. Setakat apa yang saya faham.

Dalam bahasa mudahnya imej kendiri adalah gambaran mental yang kita lihat, rasai dan percaya kepada diri sendiri. Bukan bersandarkan kepada pendapat atau penilaian orang lain.

Menurut Wikipedia, Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif.

Imej kendiri

Imej kendiri

Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.

Self image atau imej kendiri adalah perkara yang menjadi asas untuk berjaya atau sebaliknya.

Jika self-image negatif seperti gagal, kecewa, lemah dan tiada apa-apa maka itulah yang akan kita perolehi secara cepat atau lambat.

WAJIB BACA :   Rancangan Tak Berapa Nak Jadi

Kenapa, tak percaya ya ?

Izinkan saya untuk bercerita anologi berkaitan imej kendiri.

Di sebuah kampung ada dua orang pemuda bernama A dan B. Mereka kenal dan berkawan rapat. Sama usia namun berbeza cara berfikir.

A melihat diri sendiri sebagai orang berjaya. B pula melihat diri sebagai biasa-biasa sahaja.

Realitinya mereka berdua belum ada apa-apa kejayaan yang boleh dibanggakan oleh orang lain.

Pada pendapat anda, pemuda A atau B yang memiliki penampilan menarik ?

Jawapan saya mestilah pemuda A kerana imej kendiri dalam dirinya sudah terbentuk seperti orang berjaya. Kejayaan biasanya bermula dari dalam.

Kini timbul dalam benak minda saya. Mungkin juga pembaca bagaimana untuk memastikan self image sentiasa positif, bagus dan terbaik.

Menurut portal success.com yang saya baca baru-baru ini mendedahkan tiga cara tersebut.

1.Buat senarai

Peruntukan sedikit masa untuk muhasabah diri. Duduk diam-diam selama beberapa minit untuk mengkaji dalam diri sendiri apa yang bestnya tentang diri kita.

WAJIB BACA :   Kembali ke gym Samarahan lepas cuti Raya 2022

Tidak perlu tanya orang lain. Diri sendiri perlu faham dan jelas siapa diri kita sebenarnya.

Misalnya kita jenis jujur, berdisiplin, hensem, ada lawak jenaka, baik hati dan lain-lain.Buat senarai seberapa banyak yang mungkin.

Siapa peduli apa yang kita tulis itu betul atau tidak pada orang lain.Yang penting memiliki kejujuran kepada diri sendiri.

Sebagai cara untuk mudah faham, tolong senaraikan nilai yang baik sahaja.Nilai kurang baik kita abaikan.Sebab tujuan buat senarai ini hanya untuk membina imej kendiri yang terbaik.

2.Cakap baik-baik

Dalam sehari kita boleh bercakap dengan diri sendiri banyak kali. Cuba perhatikan apa yang kita cakapkan dengan diri sendiri itu perkataan baik atau sebaliknya.

Jika baik sangat bagus dalam membina imej kendiri. Jika sebaliknya tolong kawal atau hentikan kerana ia menambahkan kepercayaan buruk diri sendiri.

Orang berjaya mampu berkata-kata dengan perkataan elok untuk diri sendiri. Tiada keluhan selain pujian untuk menyatakan kesyukuran.

WAJIB BACA :   Cari Pasangan Hidup Untuk Pergi Honeymoon

Atas sebab demikian, orang Islam amat digalakkan berzikir untuk mengantikan bercakap dengan diri sendiri perkara-perkara yang negatif.

3.Membahagiakan orang lain

Orang yang baik selalu memikirkan kebaikan dan cara untuk memberi kebahagiaan.Minda mereka penuh dengan strategi dan tindakan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Mereka tiada masa untuk perkara yang negative sehingga keseluruhan hidup sentiasa bermakna untuk orang lain.

Apa yang kita lakukan untuk orang lain sebenarnya untuk diri sendiri secara tidak langsung. Jika orang faham konsep asas rezeki, yakni memulia dan membahagiakan orang lain itu maka kita akan sungguh-sungguh melakukan perkara tersebut.

Penutup

Imej kendiri perlu dibina diri sendiiri.Berjaya membina imej kendiri bermakna kita sudah memiliki separuh daripada kejayaan tersebut.

Separuh lagi menunggu masa dan ketika yang sesuai.

Ok. Itu sahaja perkongsian ringkas kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat mereka yang nak berjaya.

*kemas kini 4/5/22

Comments 28

Leave a Reply to Azhafizah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge