Lelaki dan wanita tidak dapat dipisahkan. Mereka bagaikan aur dengan tebing. Saling melengkapi untuk menjadikan kehidupan ini lebih indah dan bahagia.
Namun tidak semua lelaki boleh didekati. Ada lelaki yang perlu dijauhi sejauh yang mungkin.
Melainkan wanita itu sudah bersedia untuk hidup dengan lelaki sebegini sebagai suami mereka.
Siapakah lelaki yang dimaksudkan ?
Jika nak tahu. Teruskan bacaan untuk mengetahui lima kategori lelaki berikut. Untuk makluman saya kelaskan kategori sebagai kaki…
Ya.
Macam kaki bola atau kaki shopping. Tahap kaki ini boleh disamakan sebagai obses.
Table of Contents
Lelaki dan kaki
1.Kaki perempuan
Kaki perempuan adalah kasanova. Tabiat dan sikap mereka memang suka untuk mengoda wanita.
Apabila jatuh ke pangkuan, tentu sukar untuk mengelak diri dari ternoda dari cinta gila mereka.
Adakah wanita boleh bahagia dengan lelaki kaki perempun ? Yang pasti lelaki akan bahagia manakala wanita akan menderita.
Kebanyakan lelaki kaki perempuan bermulut manis dan memahami kehendak wanita. Ada pakej sempurna seperti rupa yang segak, kewangan yang mantap, kerjaya yang bagus dan ada harta benda yang banyak serta aura karisama pemimpin.
Tidak dinafikan juga ada yang tiada rupa dan tiada apa-apa tetapi kaki perempuan kerana tuntutan nafsu tanpa ditunjangi iman. Modal mereka ayat pikat wanita yang hebat dan menyakinkan walaupun banyak dusta dan helah semata-mata.
2.Kaki botol
Nak kata kaki minum pun boleh. Mereka ini memang suka mabuk dan sengaja mencampak diri ke alam kebinasaan.
Orang yang minum air keras atau alkohol akan ketagih. Jika tiada alkohol mereka akan rasa tidak tenteram dan tidak aman seharian.
Bila minum mereka akan jadi tidak betul dan tidak waras. Akhirnya merosakkan diri sendiri terutama buah pinggang. Minuman beralkohol mengandungi toksid yang tinggi.
Selain pembaziran wang, mereka mengundang bahaya dari segi kesihatan.Yang lebih parah jika sudah berumahtangga. Mereka mengabaikan tanggung jawab kepada anak-anak dan isteri.
Jangan hairan badan lelaki kaki botol berbau arak dan yang pasti menjijikan.
Orang yang mabuk tidak dapat solat dengan baik dan agak luarbiasa kalau orang mabuk dapat solat dengan khusyuk. Jangankan orang mabuk, orang tak mabuk pun sukar untuk dapat kekhusyukan dalam solat.
Inilah sebab agama Islam mengharamkan arak dan yang sewaktu dengannya.
3.Kaki judi
Suatu ketika dahulu kaki judi lazimnya beroperasi di dalam bangsal atau semak samun secara sembunyi-sembunyi dari pengetahuan khalayak
Kini kaki judi boleh menggunakan kaedah online yang lebih licik dan semudah di hujung jari.
Masalah terbesar kaki judi cipta ialah pembaziran wang. Dalam perjudian lebih banyak kalah daripada menang. Adapun menang tetap akan kalah lagi jika masih dalam dunia perjudian.
Sekiranya sudah ada anak isteri maka wang belanja memang akan kelaut jadinya. Jarang-jarang berlaku kalau kaki judi bijak berbelanja dan pengurusan kewangan secara berhemah.
Sebagai orang Islam, menyara keluarga dari sumber wang yang haram bagaikan menyediakan daging khinzir sebagai sajian atas meja.
4.Kaki dadah
Dalam banyak kes, inilah lelaki yang amat berbahaya. Potensi untuk lelaki kaki dadah membunuh amat tinggi.
Kewarasan dan logik akal mereka bagaikan sudah tidak berfungsi lagi.
Penagih dadah yang tegar dan tidak mempunyai pendapatan tinggi boleh menjadi penjenayah. Mereka sanggup memeras ugut dan merompak serta mencuri apa sahaja untuk membeli dadah.
Yang lebih parah jika kaki dadah tidak ada orang yang membimbing mereka ke jalan yang benar seperti membawa ke pusat pemulihan atau penjara.
Semoga kalian doakan kaki dadah sedar diri dan insaf daripada berterusan menzalimi diri sendiri ini.
5.Kaki pukul
Lelaki kaki pukul pada dasarnya panas baran. Ada juga yang panas baran tetapi bukan kaki pukul. Mereka ganas pada objek lain selain manusia.
Risiko jika hidup dengan kaki pukul ialah bersedia dengan kekuatan mental dan fizikal. Bayangkan setiap hari kena pukul atau setiap minggu kena belasah, kalau tahan silakan.
Kaki pukul cukup ditakuti oleh wanita dan anak-anak. Perkara yang cukup sedih dengn kaki pukul ini ialah mereka memukul isteri tanpa rasa belas dan perikemanusiaan.
Sebab itu jika ada anak-anak atau ahli keluarga yang ada ciri-ciri kaki pukul doakan kebaikan kepada mereka. Amalkan ritual agama seperti Asmaul husna, zikir, selawat dan sebagainya.
Lembutkan hati kita untuk mengatasi mereka dan jangan dilawan dengan kekerasan.
Jadilah orang mulia dengan membalas kejahatan dengan kebaikan sekiranya kalian diuji dengan suami atau ayah kaki pukul.
Penutup
Manusia boleh berubah. Perubahan perlu bermula dari diri sendiri dan jangan berharap bukan dari orang lain.
Sekiranya awek-awek cantik di luar sana ingin mencari pasangan hidup tolonglah berhati-hati dengan lima jenis lelaki seperti di atas.
Mereka mungkin all in one atau ada salah satu daripadanya.
Tersalah pilih maka kehidupan kalian akan berubah dari baik menjadi sebaliknya.
Memang niat di hati nak pilih jalan ke syurga tetapi terpilih pulak jalan ke neraka.
Jangan risau.
Doa banyak-banyak. Fikirkan yang baik-baik. Rasakan gembira dan bahagia selalu dalam hidup ini.
In shaa Allah kaki-kaki lelaki ini boleh berubah dengan syarat kita berubah terlebih dahulu dari baik menjadi semakin baik sebelum berdepan dengan mereka.
Sekian. Moga bermanfaat dan sila kongsikan artikel ini kepada mereka yang memerlukan.
- kemas kini 16/8/22
5 JENIS LELAKI YG DISEBUTKAN ITU WAJAR DIJAUHI WANITA UTK DIJADIKAN PASANGAN HIDUP SEMOGA MRK BEROLEH HIDAYAH-NYA UTK BERUBAH ARAH KEBAIKAN….KADANG TERLALU MEMILIH TERPILIH BUKU DGN RUAS
moga kita dijauhkan dari kaki-kaki begini
memang kena jauh daripada perangai macam ni
ya…
moga kita dijauhkan
Jenis-jenis kaki tak berfaedah tu
kita doakan mereka kembali ke pangkal jalan bro
Minta dijauhkan lah.. semua ni punca hidup merana. Silap pilih habis la. Orang perempuan ni kalau dah sayang yang kaki dadah pun dia nampak macam mat bunga.
Dia fikir dia boleh ubah lelaki tu jadi elok.padahal bila dah kawen asyik makan sepak terajang je.nak menyesal pun dah tak guna.
alamak ter’emo’ la pulak..
sabar dan sabar.
kita doa yang baik baik ye
setuju sgt min, mmg lelaki2 macamni sangat patut di jauhi, jenis lelaki bila dah ketagih dengan segala masalah itu mmg susah nak berubah kalau tak bersungguh-sungguh
hamya doa sahaja mampu untuk elakkan
Kalau saya kira-kira termasuk kaki yang mana ya?
Wah mau jujur berkata, tapi takut malu hehehe
Saya tidak tahu mas..
kita belum berjumpa dan kenal demgan rapat.
hehehehe.
so better keep it secret
mujurlah abam kie tidak termasuk di dlm golongan spt yg tersenarai di atas.
alhamduillah..
Abam memang terbaik
semoga dijauhi daripada lelaki2 begitu
raihanah recently posted…Peluang Bisnes Shaklee Dengan Income Unlimited: 3C
aamiin…
semoga hidup kita dapat yang baik-baik
tq mr h utk pesanan
my pleasure
alhamdullilah mamapp
Perkongsian yg bagus utk manfaat semua sbb kita semua pasti tak mahukan lelaki jenis spt ini utk anak2 perempuan dan mana2 keturunan kita juga.. semoga dijauhkan… aamiin.
kalau sebut anak perempuan..saya terasa pulak dah jadi kepada seorang ayah hehehe