7 artikel yang tidak disukai pembaca seluruh pelosok dunia

Tajuk artikel ini agak bombastik.Namun ada logiknya kerana blog saya boleh diakses ke seluruh dunia.Jadi memang betul juga dalam skop yang lebih luas.

Secara teorikalnya saya membuat bedah siasat ke atas blog sendiri.Saya tidak berani busy body dengan tepi kain orang lain.

Hasil bedah siasat tersebut…

Didapati ada 7 artikel yang kurang disukai pembaca dari tahun 2015 sehingga sekarang ini.

Sebagai penulis yang belum popular dan belum juga disunting oleh mana-mana wanita cantik single di Malaysia, saya mengaku saya masih bujang hahahaha..

Statement poyo betul la.

Kita tinggalkan dulu ayat iklan yang entah apa-apa tu.

Artikel-artikel tersebut amat kurang view pembaca.Mungkin kerana faktor kurang pendedahan dan promosi yang gempak serta tiada sentuhan SEO.

Sebab kedua kerana topik itu sendiri memang kurang diminati pembaca.

Saya yang salah.Saya yang silap.

Saya umpama tauke restoran yang menghidangkan menu masakan yang tidak sedap.Malah kurang enak dimakan begitu sahaja.

WAJIB BACA :   Kerjaya Blogger Tak Kejar Glamer

Saya tidak mahu membuang masa lagi.

Ayuh kita teliti adakah betul artikel-artikel ini tidak disukai pembaca sehingga mereka belum sudi berkongsi dengan para pembaca yang lain.

1.Topik Forex bukan sesuatu menarik untuk semua orang.Segelintir sahaja suka.Saya menulis pun sekadar melepas batuk di kepala tangga.Dah sah salah saya tu

2.Pandangan sepintas lalu saya tentang gelandangan.Masa menulis artikel tersebut saya sebak dan menangis keseorangan.Nak nangis kat bahu cewek cantik, tak boleh lagi sebab belum berkenan dengan sesiapa.Kalau adapun masih tidak boleh sebab belum halal tauyiban.

3.Artikel ini masih baru dan topik yang saya tulis relevan dengan keadaan semasa.Cuma sayang kurang mendapat perhatian pembaca.Saya mohon maaf atas kekhilafan tersebut.

https://mrhanafi.com/pengakuan-bekas-pesakit-covid-19-ini-amat-mengejutkan/

4.Satu topik yang saya suka baca dan tulis.Sayangnya tak ramai yang sudi membaca.Mungkin kerana tajuknya terlalu formal.Tiada unsur mainan emosi sedangkan isu utama perkongsian berkisar kepada emosi.Pelik bin ajaib saya dibuatnya.

WAJIB BACA :   Blog Obses Buku Untuk Peminat Buku

5.Artikel lama yang telah saya tulis pada tahun 2015.Sebagai blogger yang sudah 11 tahun dalam dunia blogging memang saya tidak harap pun glamer.Yang saya mahu kepuasan jiwa.Rupanya apa yang saya dapat ialah tidak glamer dan kepuasan dalam berkarya.Betul la tu.

6.Kisah ini benar-benar berlaku kepada saya.Pengalaman ini saya tidak akan lupa sampai bila-bila.Saya harap pembaca jangan ada yang mengalami apa yang saya rasai.Peritnya susah nak kata.

7.Pada tahun 2016 saya beranikan diri untuk beli buku motivasi ini.Minat dengan motivasi tidak pernah padam dari dulu sehingga ke hari ini.Tidak keterlaluan motivasi adalah bidang yang menarik dan mengujakan hormon lelaki saya hehehe

Penutup

Jika pembaca rasa artikel yang tulis ini kurang menarik sekali lagi saya mohon maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut.

WAJIB BACA :   Hijrah Diri : Pengurusan Masa Paling Baik

Bersempena bulan baik dan hari juga baik saya juga maafkan pembaca yang mungkin kekasih hati saya ( gurau je), sahabat maya, pembaca setia ( kalau ada) dan mungkin juga peminat ( saya perasan).

Kita saling bermaafan ye.

Semoga puasa yang kita jalani dalam bulan Ramadan yang berkah ini diterima Allah selayaknya.

Dengan rasa rendah hati juga saya ingin sedekahkan segala amal pahala jariah (jika ada ) melalui penulisan blog ini untuk pembaca semua, keluarga mereka yang sudah tiada dan untuk sesiapa sahaja yang Allah hendaki.Mohon tagnama dalam hati masing-masing.In shaa Allah dan aamiin.

Saya redha dan jika di akhirat nanti saya tersangkut untuk ke syurga, tolong saya sebagai sahabat yang anda kenal di dunia dulu kerana saya belum pasti bagaimana nasib saya ketika saat itu nanti.

Walaahualam.

Sekian.Salam Ramdan.

11 Ramadan 1441H

Comments 6

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge