Cara Cari Jodoh ( Bahagian 5 )

Hari ini saya rasa lain.Memang rasa lain macam.Mungkin pengaruh penulisan cara cari jodoh telah sedikit sebanyak mempengaruhi minda saya kebelakangan ini.Alhamdulillah sudah siap hingga ke bahagian keempat telah saya tulis.

Sejak dua hari lepas, perasaan saya asyik berdebar sahaja.Tidak tahu sebab apa.Risau kalau-kalau dah jatuh cinta pulak. (sekadar  bergurau)

Ada yang berpendapat dan saya pegang pendapat ini.

“Berjodoh tanpa cinta bukan jadi persoalannya, yang penting keserasian karekter dalam membina cinta“

Apa-apapun saya tinggalkan dahulu persoalan tersebut.Usah dipanjangkan lagi kerana saya ada topik yang lebih menarik untuk dikongsikan seperti dibawah:

Cara cari jodoh

1.Ambil tindakan yang wajar

Perancangan terbaik sekalipun jika tiada tindakan tidak akan menghasilkan kejayaan.

WAJIB BACA :   10 Tanda Orang Menyukai Kita Menurut Mario Teguh

Sama juga dalam proses cari jodoh.Tips dan panduan yang menarik telah diketahui tetapi asyik berfikir bila nak bermula tidak akan menghasilkan apa-apa kesan juga.

Cuba buat.Cuba amal.Ambil tindakan agar apa yang diingini bisa menjadi realiti suatu hati nanti.

Tak berani, lawan ketakutan dengan perlahan-lahan.

2.Calon jodoh menyenangi hati ibu

Kebahagiaan rumahtangga amat bergantung kepada keredhaan orang tua.Ibu suka kepada calon jodoh bermakna lulus untuk langkah ke seterusnya.

Jika tidak berkenan ada kemungkinan tidak sesuai.Jangan diteruskan.Biarlah setakat itu.

Cari dan usaha lagi.Mungkin jodoh belum tiba masanya.Bersabarlah kerana ada hikmah disebaliknya.

3.Selidiki sebelum mencurah perasaan

Dalam apa jua keadaan sekalipun sikap bertenang dan bersabar amat perlu.

WAJIB BACA :   Seronok Tak Kalau Hidup Bujang ?

Tidak perlu terburu-buru untuk mencurahkan perasaan yang agak peribadi.Selidiki latarbelakang elok-elok.

Silap langkah boleh mengundang padah.Nak dapat bahagia bala pula yang datang.Kan naya jadinya.

Sebagai contoh,kena dengan isteri orang ke, suami orang ke atau skandal orang.Fuh sangat bahaya.

Dalam zaman teknologi maklumat ( istilah zaman sekolah dulu-dulu) proses menyiasat sangat mudah.Cari di Google atau di media sosial.Semuanya boleh terbongkar kepada mereka yang aktif di media sosial.

Kesimpulan

Cara cari jodoh yang saya kongsikan ini agak kompleks sedikit berbanding sebelum ini.Namun begitu topik asasnya tidak juga jauh berbeza.Lepas ini nak sambung pula ke bahagian keenam

Kepada pembaca yang ketinggalan untuk mengikuti bahagian bersiri sebelum ini, boleh buka link yang telah saya sediakan.

WAJIB BACA :   Bersangka Baik Untuk Mampu Kahwin Dua

a.Bahagian 1
b.Bahagian 2
c.Bahagian 3
d.Bahagian 4

Comments 14

Leave a Reply to mamapp Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge