Cinta Tanpa Syarat

Cinta Tanpa Syarat

Saya percaya memang ada cinta tanpa syarat.Namun sukar menjumpainya.Lumrah manusia hidup berkiblatkan duit dan harta benda.Saya tak cakap semua tetapi kedua perkara itu adalah keperluan di atas kehendak.

Teringat saya semalam, satu perkara menarik berlaku depan mata.Mungkin itulah cara Allah mentarbiahkan saya agar memahami mesej kehidupan.Ada petanda dan ada maksud yang boleh dirungkai biarpun saya sekolah tak tinggi tetapi segala sijil akademik saya adalah benar bukan palsu. ( sekarang isu trending pak menteri ).

Ada dua gadis melintasi sebuah kereta import.Dalam kereta tersebut ada dua pemuda.

Saya tidak pasti dua gadis itu cantik ke tidak.

Saya tidak pasti dua pemuda itu hensem ke tidak.

WAJIB BACA :   Pelajari Cara Memulakan Perniagaan Dalam 7 Ebook Terlajak Laris

Mereka membelakangi pandangan saya.Kebetulan pula dah masuk waktu maghrib.Suasana samar-samar biarpun ada cahaya lampu neon yang bercahaya suram.

Saya perhatikan seorang pemuda menjulurkan kepala keluar dari jendela kereta untuk mengusik dua gadis melintas mereka.

Hebatnya wanita menjadi tarikan kuat kepada lelaki.Mudahan ada aura sekuat itu kepada pasangan suami isteri apabila menemui cinta tanpa syarat.

Saya tidak memanjangkan lagi kisah pemuda dan gadis tersebut kerana ia adalah perkara biasa dalam kehidupan ini.

Cuma saya nak maklumkan bahawa cinta tanpa syarat adalah anugerah Allah untuk makhlukNya.Insan terpilih akan diuji dengan cintanya.Bukan dikaburi gelora nafsu.Cinta yang menuntut pengorbanan yang tidak terbalas dengan duit dan harta benda.

WAJIB BACA :   Ada apa dengan kereta Axia?

Tidak mengungkit ketika memberi.

Tidak menyesali ketika kehilangan.

Yang ada pasrah dan redha.

Yang ada ikhlas dan lapang dada.

Biar sahaja Allah membalasnya.

Berapa ramai yang sanggup bersama dalam ikatan cinta ketika susah derita.Tatkala badai dan himpitan kesukaran hidup yang tidak bertepi.Ketika mana kepayahan hidup terus menerus dalam derita tanpa kesudahan.

Ramai yang tewas.

Ramai yang rebah.

Ramai yang kalah.

Titik kesudahan, mengakhiri penderitaan itu dengan perpisahan.Inilah kisah cinta yang kerap ditemui dalam kehidupan manusia setelah memateri ikatan dalam perkahwinan.Akibatnya ada insan menjadi lemas dalam rindu

Akhir kata kita layan sahaja lagu Cinta Tanpa Syarat oleh penyanyi hensem Afgan.Selamat mencari cinta tanpa syarat.

WAJIB BACA :   10 Tanda Istri Sayang Suami Ketat-Ketat

https://www.youtube.com/watch?v=U5UqIVZNa-Q

Comments 10

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge