20 ciri pemimpin yang disukai ramai

Apakah ciri pemimpin yang kita suka atau anda seorang pemimpin yang disukai ramai. Kalau ya maka inilah arikel sembang kencang yang wajar anda baca.

Kita semua adalah pemimpin. Syarat asas tentulah menjadi pemimpin kepada diri sendiri.

Andainya syarat asas belum lepas, bagaimana untuk menjadi pemimpin kepada orang lain.

Setuju tak ?

Mungkin pemimpin untuk keluarga, organisasi, masyarakat mahupun negara.

Alamak, mukadimah formal sangat.

Ok.

Kita tukar tempo lebih santai.

Di tempat kerja, saya suka bergurau. Saya gelar rakan sekerja sebagai bos. Sebagai respons, mereka balas balik dengan menggelar saya sebagai bossku.

Jujur panggilan ini sekadar suka-suka. Begitu cara saya untuk bermesra dengan mereka.

Menyantuni rakan sekerja dengan cara paling hormat dan boleh diterima seadanya.

Bos bahasa pasar. Pemimpin adalah bahasa yang ‘standard’ dan digunakan pakai dalam urusan rasmi.

Jadi apakah sifat pemimpin atau bos yang boleh kita kagumi dan teladani.

Saya kongsikan secara ringkas. Semoga ianya difahami dengan mudah juga.

Ciri pemimpin


1.Baik hati

Wajar bos baik hati. Orang baik hati disegani dan disukai.

WAJIB BACA :   Melayan panggilan seorang scammer di pagi hari

2.Sentiasa bersyukur

Ada-apa yang diperolehi wajib disyukuri. Tidak kira banyak atau sedikit. Pemimpin yang bersyukur mudah untuk mengurus orang bawahan.

3.Pertuturan berlapik

Pemimpin begini jarang mengecilkan hati orang lain. Bahasa sopan dan tutur kata terjaga.

4.Selalu bertenang

Pemimpin yang ‘cool’ dan tenang. Ada masalah atau tidak, orang sukar tahu. Wibawa pemimpin akan terserlah dengan ketenangan berbanding tergesa-gesa dan kelam-kabut.

5.Berhati-hati

Keputusan pemimpin perlu drastik. Namun wajib berhati-hati agar tidak membuat kesilapan terlalu besar.

6.Kasih sayang

Pemimpin yang baik sentiasa menjaga kebajikan. Sangat prihatin dan bertoleransi kepada orang yang dipimpin. Sebabnya nilai kasih sayang yang ada pada pemimpin.

7.Tepati janji

Pemimpin dan ahli politik sangat berbeza. Pemimpin yang ulung menepati janji apa yang dikota. Sebaliknya ahli politik berjanji dan janji mereka lebih manis dari gula. Bukan semua juga hehehe.

WAJIB BACA :   Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik

8.Akhlak jujur

Akhlak tidak dapat dijual-beli. Lebih-lebih lagi berkaitan kejujuran. Sebab itu bos yang jujur disanjungi anak buah.

9.Penyimpan rahsia

Rahsia tidak semestinya perkara negatif. Namun rahsia perlu disembunyikan jika ia boleh mengaibkan atau merugikan organisasi.

10.Merendah diri

Orang putih kata ‘low profile’. Pemimpin begini tidak bercakap besar atau berlagak sombong. Kejayaan dan kehebatanya lebih terserlah dengan sikap merendah diri.

11.Seorang periang

Bos mana yang bagus kalau muka asyik mejus (bermasam muka) bak kata orang Sarawak. Mejus lawannya periang.

12.Sifat pemurah

Pemurah amalan mulia. Tidak berat tangan untuk bersedekah wang, ilmu, kemahiran dan sebagainya.Malah lagi pemurah lagi luas pula rezekinya nanti.

13.Sikap berani

Ada orang kata, berani kerana benar dan takut kerana salah. Untuk menjadi pemimpin yang baik serta disegani, berani harus ada dalam jiwanya.

14.Berjiwa besar

Mana mungkin nak pemimpin sekiranya jiwa kecil, cita-cita kecil dan matlamat kecil-kecilan. Pemimpin yang hebat berpaksikan kepada jiwa yang besar untuk terus membangun dan ke depan.

15.Sentiasa adil

Adil merupakan sifat yang meletakkan sesuatu pada tempatnya. Hanya pemimpin yang adil boleh menjalankan tugas dengan sempurna dan terbaik.

WAJIB BACA :   Seronok Tak Kalau Hidup Bujang ?

16.Bermuhasabah diri

Nilaikan perubahan diri sendiri dari hari ke sehari. Peningkatan atau kemajuan perlu ada. Tiada istilah untuk mundur ke belakang.

17. Terus belajar

Pemimpin yang baik dan cemerlang tidak pernah berhenti belajar. Proses pembelajaran secara konsisten akan menambah kemahiran dan ilmu pada pemimpin itu sendiri.

18.Menepati masa

Masa adalah nyawa. Tiada peluang kedua kerana masa semalam tidak sama dengan masa hari ini. Jam dan minit memang sama. Tetapi tarikh sudah berbeza.

19.Berpendirian tegas

Ketegasan pemimpin membuat keputusan selalu perhatian orang bawahan. Pendirian yang rapuh serta selalu buat ‘pusingan u’ selayaknya bukan ciri-ciri pemimpin yang baik.

20.Berfikiran terbuka

Lawannya berfikiran jumud. Pemimpin yang menganggap dirinya sahaja betul dan orang lain salah tidak layak jadi pemimpin. Cara pandang dan cara fikir orang bawahan kadang-kadang lebih baik dari pemikiran pemimpin.

Begitulah senarai sifat pemimpin yang kita dambakan.

Sekali lagi, siapa itu pemimpin kalau bukan diri kita sendiri. Orang yang berjaya memimpin diri sendiri akan berjaya memimpin orang lain.

Janganlah seperti cakap tidak serupa bikin.

Itu sahaja. Moga bermanfaat hendaknya.

p/s: Peluang untuk pelajari bisnes netcommerce masih terbuka sehingga ke hari ini.  Sila layari pautan ini untuk maklumat lanjut.

  • kemas kini 23/5/22
  • kemas kini 29/10/22

Comments 10

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge