Jodoh Anak Dara Dengan Suami Orang

Jodoh anak dara dengan suami orang bukan perkara baru.Isu tersebut hangat jadi bualan.Golongan isteri paling risau.Mereka risau kalau suami masing-masing beralih angin.Dalam erti yang lain ingin menambah cawangan yang kedua,ketiga dan keempat.

Untuk makluman.

Artikel ini sekadar pendapat untuk merungkai kenapa jodoh anak dara dengan suami orang.Jangan salahkan saya jika perkongsian ini menimbulkan kontroversi.

Rasanya tidak kot

Kebetulan juga saya terbaca buku Aduhai Isteri karya tuan Muhamad Mat Yakim. Sebuah buku yang menarik untuk dibaca oleh para isteri,suami dan sesiapa sahaja yang ingin menginjak kaki ke alam rumahtangga.

Saya bukan pakar.

Saya cuma seorang lelaki yang sudahpun menjadi suami orang.Setakat ini saya masih ada tiga tempat kosong lagi.—–> Gurau sahaja.

anak dara suka suami orang
kredit : mohamed1982

Jodoh Anak Dara 

Ikut logik akal, anak dara akan cari orang bujang untuk dijadikan suami mithali.Realiti memang begitu.Namun siapalah mereka untuk menolak takdir dan iradat Illahi.

WAJIB BACA :   Pengalaman pertama guna khidmat Maxim Malaysia

Jodoh,rezeki dan ajal adalah RAHSIA ALAM.Konsep ini dah ramai yang faham.Yang tak faham-faham pun ada.

Lumrah.

Tentu hairan bin ajaib, ada anak dara yang cantik dan cun melecun terpikat dengan suami orang.Biarpun ramai jejaka bujang jauh lebih hensem dan menawan.

Ada juga orang bujang yang bergaya,berkerjaya dan berharta.Balik-balik suami orang juga jadi pilihan sebagai jodoh mereka.

Inilah kehebatan suami orang yang wajar diketahui semua.Para isteri patut tahu.Anak dara lagi-lagi la perlu tahu.

1.Sangat mengambil berat

Pengalaman bersama isteri telah membentuk jiwa mereka untuk menjadi seorang yang sangat mengambil berat.Sakit pening,susah payah dan rasa gelisah seorang isteri cepat sahaja suami faham signalnya.

Bahkan permintaan isteri  dalam kamar tidur pasti dipenuhi tanpa alasan.Sekiranya isteri demam dan pening kepala,suami sanggup cuti separuh hari.Pergi dan balik kerja dijemput dengan penuh rela.

Perhatian yang mendalam ini terbawa-bawa kepada orang luar pula.Mungkin anak dara sepejabat,kawan-kawan Facebook dan Group Whatsapp.

Anak dara yang masih keseorangan akan cair juga kalau dilayan suami orang  dengan perhatian.Tanpa niat.Lama-lama boleh berniat ke arah itu.[faham sendiri la ya]

WAJIB BACA :   Makanan yang perlu dielakkan ketika diet

2.Sangat penyabar orangnya

Kehidupan bersama isteri yang cerewet dan banyak songeh akan membentuk jiwa yang sabar.Suami yang sabar tidak mudah berkecil hati.Personaliti lebih matang dan menyakinkan dalam setiap tindakan.Persona pemimpin jelas terpancar kepada orang yang sabar.

Mereka sado luar dan dalam.

Wow.Kelas gitu !

Ada anak dara yang mengkagumi lelaki yang penyabar.Sayangnya ramai lelaki yang sabar itu adalah suami orang.

Nak buat macam mana.Lelaki yang baik mudah mendapat pasangan hidup mereka.Masa bujang lagi dah jadi buruan gadis jelita.

Pergh..

Sudah tentu juga anak dara inginkan suami yang penyabar.Alasan mudah.Bukan nak merampas tetapi nak berkongsi.

Siapa setuju sharing is caring…

3.Seorang  yang sangat romantik

jodoh anak dara
credit : Ben_Kerckx

Bohonglah kalau dikatakan perempuan tidak suka lelaki romantik.Lelaki yang romantik adalah suami orang.Tidak bermakna lelaki bujang tidak romantik.

Sifat romantik ini menjadi-jadi ketika sudah berkahwin.Tidak dinafikan anak dara boleh terpesona dengan suami orang yang romantik.

WAJIB BACA :   Isu kerja 4 hari seminggu semakin hangat

Ciri ciri romantik suami orang jelas terpancar ketika berbicara,berjalan dan sebagainya.Mereka tahu di mana dan masa untuk romantik.

Contohnya sentiasa memegang tangan isteri seolah-olah tidak mahu berjauhan.Rasanya begitu.

Sangat ‘sweet’ kalau dipandang dari jauh.Orang tengok pun bahagia.

Kalau dah terbukti begitu.

No wonder!

Anak dara suka pada suami yang romantik.Mungkin ending story menjadikan suami orang sebagai jodoh anak dara.

Kesimpulan

Pendapat ini tidak bermaksud memperlekehkan orang bujang.Mereka ada kelebihan  yang sukar ditandingi oleh suami orang.

Saya pun pernah jadi orang bujang terlajak.

Kelebihan suami orang kerana mereka memahami tabiat wanita.

Kelemahan anak dara cenderung kepada buaian emosi dalam kehidupan ini.

Opps——->Bukan semua la.

Saya percaya,

“kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.”

Baiklah.Saya nak tanya pembaca.

Apakah sebab lain jodoh anak dara dengan suami orang?

Abaikan dulu kerana takdir,qadak dan qadar.

Akhir kata, untuk mereka yang tengah mencari pasangan hidup cepat-cepat la singgah di laman >> Jodoh Baituljannah

Nota: 

Artikel ini telah ditaja dengan rasmi oleh Minyak Herba Asmak 

Minyak Asmak - Herba Penyakit Asma

Comments 33

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge