Gandingan Teh Hijau Dan Beras Basmathi Untuk Lelaki Hensem

Lelaki hensem memang menjadi idaman wanita seluruh dunia.Tipulah kalau wanita tak nak dengan lelaki hensem samaada sebagai suami mereka, anak lelaki ataupun ayah mereka.Mungkin juga kepada adik beradik seibu dan sebapa.

Bangga tak kalau anda menjadi lelaki hensem Malaysia ?

Namun kehenseman seorang lelaki bukan terletak kepada wajah atau paras rupa semata-mata .

Hensem seorang lelaki adalah pakej penuh untuk kesihatan terbaik,akhlak terpuji dan kewangan terurus.Barulah padan dan padu sebagai sebahagian dari ciri lelaki hensem. Betul tak kawan-kawan ?

Admin tahu ada dikalangan pembaca memang dikategorikan lelaki hensem di Malaysia.

hahahaha…harap-harap begitulah kan..

Setuju atau tidak setuju admin terpaksa mengakui kelebihan lelaki hensem ialah ambil berat tentang penampilan diri.

Masih ingat tak kisah lelaki buncit yang sanggup menyahut cabaran untuk memikat awek cun?Lelaki itu telah mengamal senaman keras,minum teh hijau dan terbaharu makan beras Basmathi.

WAJIB BACA :   Bajet RM15 untuk belanja di Bazar Ramadan Uptown Kota Samarahan

lelaki hensem minum teh hijau dan beras Basmathi

Teh hijau beliau minum satu uncang sehari.Dia tidak mahu minum berlebihan kerana bukan masalah obesiti.Dia cuma untuk mengurangkan perut buncit.Ala-ala lelaki hensem Korea.Mereka sentiasa kelihatan six pack pada bahagian perutnya.

Sebab itu mereka digilai sebagai lelaki hensem di Korea.

Perkara biasa zaman sekarang jika anda lihat ramai  lelaki setia dengan imej perut buncit.Lain orang lain caranya dan memang tidak adil untuk bersangka buruk kepada orang yang berperut buncit.

Mereka  terpaksa rela sedemikian rupa akibat penangan isteri masing-masing.Isteri yang masak memang sedap.Mahu tidak mahu terpaksa juga makan dengan berselera siang dan malam.Menu malam pula ada istimewa tersendiri.Tidak hairan jika badan sentiasa berisi.hahahaha.

Mereka yang masih bujang pula terkena penangan masakan ibu.Admin sendiri akui masakan ibu sendiri sangat sedap sehingga tiada sesiapa pun boleh menyainginya setakat ini.

Lagilah sedap makanan jika dimakan bersama nasi yang berkualiti tinggi.

WAJIB BACA :   Makanan yang perlu dielakkan ketika diet

Sebab itulah ada lelaki hensem mula memilih beras Basmathi sebagai santapan hariannya.Beras Basmathi agak mahal.Sekilo boleh mencecah Rm13 dan ada yang lebih mahal daripada itu.Kalau nak beli untuk 10KG memang melayang RM130.

Beras ini memang rendah kalori dan cukup sesuai untuk dimakan oleh mereka yang ingin menjaga badan atau mengidap diabetes.

Biarpun beras ini tidak sesedap beras wangi namun kurang berkanji.Tekstur nasi pula keras dan padat.Makan banyak namun tidak menyebabkan lebihan kalori pada seseorang.Cuma perlu berjimat makan nasi dari beras Basmathi kerana harganya yang mahal.huhuhuhu.

Kalori yang tidak digunakan sepenuh oleh badan akan bertukar menjadi lemak.Lemak yang berlebihan pula menjejaskan kesihatan seseorang.

Perut buncit sudah pasti.Penyakit pula satu hal.Pengambilan nasi berlebihan juga peuyumbang kepada gejala diabetes.Paling menakutkan risiko diabetes boleh menyebabkan kompikasi mata buta.

Ngeri tu!

Berikut adalah testimoni yang diceritakan lelaki itu kepada admin.Sayangnya lelaki itu tidak mahu dianggap sebagai lelaki hensem selfie.Sebab itu tiada gambar sebagai bukti yang sahih.

WAJIB BACA :   Pengalaman guna modem Olax AX5 Pro

Difahamkan perut buncit lelaki tersebut sudah berkurang 30 peratus.Bagaimana kalau sudah tiga bulan?

Fulamak..dah dekat six pack juga jika susuli latihan ABS atau workout di gimnasium.

Perkembangan ini sangat positif dan menurutnya lagi perut six pack dalam perancangan.Moga-moga menjadi kenyataan.

Jika menjadi kenyataan dapatlah lelaki ini dikenali sebagai lelaki hensem Sabah biarpun berasal dari Sarawak.

Lelaki itu masih berimpian untuk memiliki peralatan memasak tanpa minyak.Katanya, tidak guna juga jika muka sahaja hensem tetapi enggan untuk mengubah cara masakan tanpa minyak.

Tak lain dan tak bukan tentulah Volten Air Fryer adalah pilihan yang paling disarankan untuk tujuan tersebut.

Pembaca yang ingin tahu berkaitan VAF ini amat digalak untuk membaca satu artikel berkaitan >>> memasak tanpa minyak

lelaki hensem guna VAF

[Kemaskini 13 Disember 2019]

Comments 24

Leave a Reply to etuza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge