Akibat sedekah rezeki melimpah ruah

Untuk menulis cerita ini saya serba salah.Saya rasa segan pada diri sendiri kerana cerita  rezeki melimpah ruah macam selalu sangat saya tulis sebelum ini.

Hingga ke saat ini saya masih tertanya-tanya adakah perkara ini kebetulan atau berlaku kerana sebab-sebab tertentu.

Setelah difikir balik mana ada perkara yang berlaku secara kebetulan.Semuanya ada sebab dan akibat.

Saya terus kepada ceritanya.

Pada hari tersebut saya turun ke supermarket untuk membeli barang keperluan harian.

Rezeki melimpah ruah

Punya la susah dan punya la ketat prosedurnya.Perkara ini untuk mematuhi Arahan Kawalan Pergerakan.

Masuk ke supermarket perlu guna Facemask.Hanya seorang sahaja dibenarkan.

Sampai di supermarket, saya ditanya berapa orang mahu masuk.

Sudah tentulah saya kata seorang sahaja.

“Sayakan solo” .Dalam hati sahaja kata begitu.

Kalau kat luar tak berani la saya pulak berdepan dengan awek-awek supermarket yang diakui cantik, muda, langsing dan putih.

Ada dua kemungkinan nanti.Kalau betul terjadi maka itu adalah rezeki melimpah ruah.

Saya yang perasan kepada mereka atau mereka yang perasan kepada saya.

Sebelum melangkah ke supermarket ini saya agak panik.Bukan panik membeli tetapi panik dengan jumlah wang yang akan digunakan untuk membeli.

Saya ambil keputusan nekad.

Redah sahaja.

Beli apa yang terlintas difikiran dan ambik apa yang terpandang depan mata.Pembelian cara begini jangan diteladani.Cara yang biasa saya buat menyenaraikan barangan yang perlu dibeli dan bukan diingini.

Apa yang berlaku perkara sebaliknya.

Dalam kekalutan membeli belah dengan wang tunai yang terhad, saya berniat untuk membeli sesuatu sebagai sedekah kepada kawan saya di pejabat.

Fikiran pada masa itu rasa cuak.Dahlah nak masuk supermarket susah, lepas itu nak bersedekah lagi.Lainlah kalau sudah ada rezeki melimpah ruah.

Alangkah bagus beli untuk sendiri sahaja.Inilah bisikan hati yang saya lawan dan lawan.

Saya berdialog sendiri.Kalau sudah berniat untuk kebaikan teruskan sahaja.Senang atau susah peduli apa.Janji sudah bersedekah.

Barang yang saya beli untuk kawan sahaja ini murah sahaja.Tidak sampai pun dalam RM2 sebungkus.Cuma saya tahu kawan saya memang suka barang yang saya beli ini.

Saya pendekkan cerita.

Balik dari supermarket, saya terdengar lagi bisikan hati sendiri.Lupakan sahaja niat untuk beri kawan.Lebih baik makan sendiri.Dahlah bajet tinggal seringgit dua.Hari gaji berbaki dua tiga hari lagi.

Pada kali ini saya hampir tewas.Saya sudah risau dengan bajet sudah nak habis.Makanan pula perlu buat stok supaya tidak kehabisan.

Saya terus nafikan perasaan tersebut.Kalau sudah berniat mengapa pula nak mungkir janji.

Sampai sahaja ke ofis saya segera serah barang tadi untuk kawan sepejabat.

Saya perlu buat cepat-cepat sebelum saya diuji kali ketiga.Ya ujian untuk jangan bersedekah sangat mencabar untuk saya dan juga orang lain.

Lebih kurang 30 minit kemudian, ‘ big bos’ mesej dalam Whatsapp.Dia nak bagi bonus duit sebab kerja keras dalam menjalankan tugas ketika Covid-19.

Pada mulanya saya kata dalam hati,

“bos bercanda ke, senang-senang nak bagi duit beratus ringgit dengan orang”.

Ternyata memang betullah bos serahkan duit tersebut kira-kira sejam kemudian.Pada masa itu benarlah rezeki melimpah ruah buat saya.

Saya tergamam.

Tidak terbayang bagaimana keadaan saya tadi melawan perasaan sama ada nak bersedekah atau tidak ketika berada di Supermarket sejam sebelumnya.

Saya terduduk kelu tanpa bicara.Hanya mampu mengucapkan syukur kepada Allah SWT dan terima kasih kepada ‘big bos’.

Dalam hati adakah ini semua kebetulan atau memang betul dengan bersedekah maka rezeki melimpah ruah.

Walahualam.

p/s: Jangan bersedekah mengharap balasan biarpun apa yang kita keluarkan tetap Allah balas berganda-ganda.

10 thoughts on “Akibat sedekah rezeki melimpah ruah”

Leave a Reply to Anakmu yang hensem Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: