10 Tanda Istri Sayang Suami Ketat-Ketat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca semua.

Terlebih dahulu ribuan terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah di blog ini.

Jika belum menjadi follower, saya berbesar hati mengajak pembaca untuk menyertai Mrhanafi Follower Club dengan saluran berikut.

Tanda Istri Sayang Suami

cinta istri untuk suami

Tanda istri sayang suami mudah dikenalpasti.Ada beberapa petunjuk dan indikator untuk mengesan perkara tersebut.Sebab tanda isteri sayang suami tak pernah menipu dalam perkahwinan.

Jika tiada tanda tersebut,para suami hendaklah selalu kirimkan doa agar istri sayang sama suami.

Tujuan utama perkahwinan ialah menjaga kesucian dan kehormatan lelaki dan wanita dalam serba serbi.

Itu lumrah.

Lelaki suka perempuan pada yang itu. [sendiri mau faham]

Perempuan suka lelaki pada yang ini [sendiri mau faham ]

Yang pelik apabila sebaliknya.

Yang itu saya tak nak cakap banyak.

Untuk berkahwin senang sahaja.Syaratnya perlu mampu untuk menghantar wang hantaran.Paling tidakpun boleh menyediakan wang mas kahwin yang minimum.

Kalau ada.

Cuma jarang-jarang berlaku kerana dunia sekarang ‘no money no talk.’

Perkahwinan adalah komitmen seumur hidup.Susah dan senang wajib hadapi bersama-sama.

Berbalik kepada pokok perbincangan asal kita.

Saya sangat gembira untuk berkongsikan tanda istri sayang suami menurut buku Seni Bercinta & Memikat Lelaki.Buku ini hasil karya Tuan Khalid Al-Sayyid Abdul Al-‘Al

WAJIB BACA :   Cara Buat Fanpage Yang Superstar

10 Tanda Yang Pasti

istri sayang suami

Berikut adalah 10 ciri istri sayang suami.

Ada kata pujangga,

“cinta yang terbaik ialah melihat kekurangan pasangannya sebagai pelengkap kepada kelebihan diri.”

Jom kita hayati bersama-sama tanda istri sayang sama suami:

1.Meletakkan kedudukan suami pada tempat tertinggi 

Istri yang baik dan soleh faham perkara ini.Mereka faham bahawa keredhaan Allah letaknya pada redha seorang suami.

Mereka akan meminta izin dan meminta pandangan suami dalam serba sebi.Sebab mereka cintakan suami kerana Allah SWT.

2.Cinta hati seorang istri hanya untuk suami

Dalam hati istri tiada yang lain selain suami.Cinta untuk anak-anak dalam sudut lain dan tidak bercampur dengn cinta terhadap suami.

Tidak hairan seorang istri menjadi amat cemburu kepada suami jika mendapat tahu suaminya akan kahwin baru hahaha.

3.Suaminya unggul berbanding lelaki lain

Ini adalah bukti yang nyata istri sayang suami.

Mereka akan memaling muka dari melihat Fat Tah Ah Min atau Sa Ru Han.Dalam hati mereka hanya suami sendiri yang terbaik dan tiada seorang pun mampu menyainginya.

Cewah!

Agak-agak berapa ramai istri  yang sanggup berbuat demikian ?

4.Menghormati suami dalam apa jua keadaan 

Hormat suami bukan bermaksud takut kepada suami.Walaupun realiti sebenar ramai suami takut pada istri.hehehehe

Suara istri jangan melebihi suara suami ketika berbicara melainkan dalam keadaan terpaksa seperti minta tolong tatkala ular masuk rumah.

WAJIB BACA :   Tak Sangka Duit Banyak Masuk Dengan Teknik Wechat

Saya tergurau la pulak.

5.Seolah-olah tidak mahu berjauhan dengan suami

Adanya suami di sisi, jiwa istri tenang.Kalau boleh saling bersama bagaikan belangkas atau merpati sejoli.

Realiti hari ini ada juga yang tak suka berkepit dengan suami.Alasanya bosan tengok muka suami yang kurang hensem perut buncet.isk..isk..isk

Yalahkan kalau ada suami yang ada kerja dari rumah.

ciri istri sayang suami

6.Menyukai apa yang disukai suami.

Jika suami jenis kaki pancing maka istri pun mula suka memancing.

Jadilah mereka berdua kaki pancing yang romantis di tepi sungai penuh syahdu.So sweet la ..ada ke ?

Jangan pulak jadi —> kaki kencing.

Tak baik.

7.Mengutamakan kepentingan suami melebihi kepentingan sendiri

Saya ragu-ragu juga.Dalan kehidupan berumahtangga hari ini ada lagi tak istri sanggup melakukan semua ini.

Misalnya suami ingin berpoligami dan istri redha atas ketentuan takdirnya.

Dalam hatinya pasrah bahawa suami bahagia.

Istri lama bahagia dan istri baru pun bahagia.

Itulah dinamakan kebahagiaan berganda.

8.Menjaga kehormatan diri,suami,anak dan harta setiap masa.

Wanita yang sudah berkahwin berbeza dengan wanita yang masih bujang.Perbezaan utama dalam pergaulan dan tingkah laku.

Ini tidak bermakna kebebasan diri sudah tersekat kerana terpaksa tetapi atas kerelaan sendiri untuk jaga kehormatan sebagai istri.

Malah ada istri yang sanggup berhenti kerja makan gaji dan ceburi kerja sambilan di rumah semata-mata untuk urus rumahtangga dengan sempurna.

9.Mendahulukan keperluan batin suami dari segala-galanya

WAJIB BACA :   Bersama Youtuber animasi tempatan Sarawak

Jika suami berkehendak yang itu [ faham sendirilah ya ] isteri wajar memenuhinya dengan sedaya upaya yang ada.

Keperluan batin memang istimewa dan tiada tolok bandingnya.Ganjarannya pahala bukan alang-alang.

Andaikata suami rasa terpinggir dan kecewa jangan hairan cinta seorang suami akan beralih arah.

Namun istri yang cinta suami sudah pasti taat dan bersyukur kerana bersedia untuk keperluan batin tersebut.

10.Membenci apa yang dibenci oleh suami

Pendek kata sudah satu kepala dengan suami.Si suami benci kepada budaya membazir maka istri pun turut sama.

Sebab suami faham membazir adalah amalan syaitan dan benci kepada pembaziran adalah amalan mulia.

Jangan pula isteri suka membazir tatkala suami suka nak berjimat cermat.

berjimat cermat

Kesimpulan

Kebahagian suami istri adalah timbal balik.Tiada maknanya istri sahaja sayang suami ketat-ketat tetapi suami pula sayang kepada orang lain.

Bukan kepada pembaca blog ini tetapi kepada masyarakat di ufuk Timur .hahahaaha

Dalam erti kata lain tidak memghargai kasih sayang itu sendiri.

Kasih sayang suami istri hendaklah ikhlas kerana jika ditanya pasti suami-suami diluar sana akan kata,

“Siapa yang tidak sayangkan istri”

Suami pula wajar lebih bertanggungajawab dalam rumahtangga agar istri makin cinta.

Makin sayang,

Hari demi hari.

Ingat tu para istri [ macam ramai istri] bahawa tanda istri sayang suami akan diketahui pasangan sama ada cepat atau lambat.

Akhir kata terus bacaan ke artikel >>>Tahan Lama Beraksi Tanpa Kecundang

Comments 27

Leave a Reply to Fidah Shah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge