Cara Cari Jodoh ( Bahagian 6 )

Semenjak saya menulis artikel cara cari jodoh dari bahagian 1 lagi pelbagai keajaiban telah berlaku.Tak sangka juga dalam diam-diam saya dilamar orang tapi cuma dalam impian jelah.hehehe

Maafkan saya buat lawak murahan.Biarlah saya gelak dan senyum sendirian.

Baru baru ini saya menghantar anak pulang ke asrama sekolah agama.Dalam perjalanan kereta pula mengalami sedikit gangguan.Tayar kereta pancit dan terpaksa ditukar tepi jalan.Alhamdulillah selamat ditukar dan kami terus singgah di masjid yang berdekatan untuk solat Asar.

Habis solat saya ternampak tabung masjid.Macam biasa saya masukkan sedikit RM ( bukan nak menunjuk) sebagai amalan yang disusuli dengan doa.Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa saya dan mempermudahkan jodoh,rezeki dan sebagainya.

Itu kisah peribadi.Tak menarik.Malah tak penting pun.

Namun ada sesuatu yang amat penting untuk saya kongsikan dalam artikel ini iaitu sambungan kepada cara cari jodoh.Sekarang sudah masuk bahagian keenam.

WAJIB BACA :   Indahnya Hidup Berkeluarga

Cara cara jodoh

1.Bersedekah banyak-banyak

Banyak mana nak bersedekah?

Itu terpulang kerana dalam soal sedekah tiada had jumlahnya.

Nak bagi sikit boleh.

Nak bagi banyak lagi boleh.

Yang tak boleh jangan tak bagi langsung.

Semasa bersedekah niatkan dalam hati kerana Allah dan sampaikan doa dengan bertawasul kepada amalan tersebut.

2.Buat siasatan secara terperinci

Point ini telah saya kongsikan dalam bahagian 5.

Namun saya ulangi lagi agar kita meletakkan ia sebagai keutamaan.

Siasat dengan siapa kita berkenan.Siasat betul-betul.

Adakah orang tersebut jujur dan serius ?

Adakah dia sudah berpunya sama ada suami orang atau isteri orang ?

Adakah orang tersebut ada masalah akhlak, mental atau aktiviti jenayah?

WAJIB BACA :   Mencari Pasangan Hidup

Letakkan dalam fikiran sentiasa berwaspada dan hati sentiasa mencurigai ( terutama baharu kenal )

Saya percaya sebelum terjebak lebih jauh, sebelum otak kurang waras akibat penangan cinta dan sebagainya maka siasat bakal jodoh dari segenap penjuru dan sisi.

Baharulah puas hati.Tak jadi tak apa.Allah sudah nampak kesungguhan kita untuk mencari jodoh.

Usahakan kepada orang seterusnya sehingga terjumpa jodoh yang kita hendaki.

3.Pilih yang kurang menonjol di media sosial

Sebab apa bro ?

Pasangan hidup yang terbaik wajib menjaga akhlak dan batas-batas hukum agama.

Semua orang tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu bahawa media sosial melekakan.

Bagaimana hendak menjadi pasangan hidup terbaik jika dunia mereka obses dengan media sosial ?

Bukan bermakna tidak boleh langsung.Biarlah berpada-pada dan sesuai dengan keadaannya.

WAJIB BACA :   10 Tanda Istri Sayang Suami Ketat-Ketat

Untuk pencari jodoh sentiasa beringat media sosial adalah pintu kepada kebaikan.

Boleh jadi pintu kemaksiatan.Fungsinya sama seperti pisau.Nak potong sayur atau nak potong orang.

Percayalah ada kehidupan luar talian yang lebih baik dan lebih mengujakan untuk dinikmati.

Penutup

Cara cari jodoh yang saya kongsikan ini sentiasa kait mengait dengan satu sama lain.Jika belum faham boleh baca bahagian yang sebelumnya dan selepasnya.

Pada bahagian 7 nanti saya sertakan tip dan panduan yang terakhir.

Selepas itu tamat sudah dan saya berharap pembaca mengakhiri zaman bujang atau zaman solo dengan pasangan jodoh masing masing agar bahagia hingga ke Jannah.

Teruskan berdoa.Perbanyakkan usaha dan tawakal sahaja kepada Allah Yang Maha Esa.

Insha Allah ada jodoh dan berusaha pula dapatkan anak yang pintar cerdas

Comments 13

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge