7 Rahsia Kerja Freelance Yang Berjaya Menghasilkan Content Memukau Pembaca

Kerja freelance agak mencabar.Namun bidang ini luas dan pelbagai cabang.Saya memfokus kepada kerja freelance penghasilan content.Selain pendapatan tidak tetap, kerja freelance bergantung kepada permintaan pelanggan berdasarkan kualiti yang kita hasilkan untuk mereka.

Saya bukan sifu.Bukan juga pakar atau idola yang sudah berjaya.Saya cuma insan yang sedaya upaya untuk belajar memperbaiki diri dalam bidang yang menarik ini.

Terbaharu saya telah terjumpa dalam blog Sifu Pemasaran Online iaitu Tuan Najib Asaddok tentang Cara Tulis Content Yang Simple Tapi Padu.

Pembaca boleh menggunakan teknik ini dalam penulisan di status media sosial, blog atau content kepada pelanggan.

Saya petik dan saya tulis semula dengan gaya sendiri.Mungkin ada tersasar dari maksud asal namun saya akuilah saya menghadam dengan cara pemikiran orang yang sedang belajar.

Tuan Najib Asaddok adalah sifu.Saya adalah follower yang belajar dan terus belajar untuk berjaya sebagaimana beliau.

Menurut beliau ada 7 cara penulisan yang mudah tetapi padu.

Kredit: najibasaddok.com

1.Tajuk ada unsur emosi

Manusia dan emosi bagai kuku dengan isi.Tak boleh berenggang.Sebab manusia ada hati dan perasaan.

WAJIB BACA :   Fahami syarat ini untuk dapat jodoh terbaik

Jadi untuk menarik perhatian pembaca inilah faktor utama.Tajuk content wajib diselit unsur emosi.

Kata-kata yang menggambar perasaan seperti memukau,teruja,ghairah,sedih, gembira dan sebagainya.

Elemen emosi bagaikan tonik.Orang tertarik seperti magnet jika penggunaan unsur emosi kena pada sasaran.

Hahaha…nak tackle bakal isteri syantek pun mudah ( bukan saya tau !)

2.Senaraikan isi-isi penting

Perkara asas semasa menulis karangan di sekolah.Saya sejujurnya lemah dalam penulisan.Cikgu tidak pernah puji penulisan saya dan karangan saya pun tidak pernah masuk majalah sekolah.

Tak pelah.Zaman sudah berlalu.Sekarang kita belajar dan terus belajar.

Untuk memastikan pembaca boleh memahami mesej yang kita tulis wajar menyenaraikan isi-isi penting

Senaraikan dalam angka yang ganjil.Mungkin no 1, 3, 7, 9 dan seterusnya.

Pilih isi penting yang terbaik.Isi penting yang menjadi dasar kepada sesuatu penulisan.

3.Menjelas isu yang disenaraikan

Bercakap lain dan menulis lain.Jika menulis lebih sukar kerana pemilihan kata yang kurang tepat tidak dapat menyampaikan mesej dengan jelas.

Perkara ini perlu ilmu dan perlu teknik juga.Mereka yang berpengalaman tidak akan merasa kesulitan dalam bab ini.

Kepada saya dan pembaca yang masih baharu perlu sokongan gambar dan video supaya isu yang diketengahkan boleh dicerna minda dengan pantas.

WAJIB BACA :   Punca Pengurusan Masa Kurang Efektif

Menurut Tuan Najib Asaddok perlu gaya yang bersahaja.Gaya seperti orang bercakap.

Permudahkan ayat kerana tidak semua mempunyai IQ tinggi.Yang ramainya biasa-biasa sahaja macam saya nilah.hehehe

4.Terangkan akibat dan kesan

Semasa menulis sertakan juga akibat dan kesan dari sesuatu isu yang telah kita sampaikan.

Contohnya isu cara cari jodoh.Apa kesan dari isu ini?

Minda pembaca akan dipacu untuk mengetahui dengan lebih lanjut.Inilah perkara utama dalam menjadikan penulisan content yang memukau pembaca.

Sama juga dengan isu manusia yang berpendapat bahawa bumi ini flat atau rata.Ramai yang nak tahu adakah betul sehingga menimbulkan keraguan bahawa bumi itu sfera.

Penulisan content yang hebat dapat menerangkan kesan atau akibat daripada isu yang kita ketengahkan.Kita boleh menggunakan pendapat sendiri, sumber pakar, dalil dan sebagainya.

5.Cadangkan solusi untuk pembaca

Memang benar setiap penyakit ada ubatnya.Setiap masalah ada penyelesaiannya.

Sama konsep dalam penulisan content.Senaraikan jenis-jenis penyelesaian kepada masalah yang diingini pembaca.

Mereka ingin tahu.Mereka tahu kita tahu jalan penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi.

Kalau tak tahu bagaimana nak tulis.Logik sangatkan.

Menurut Tuan Najib Asaddok kongsikan sahaja tip yang mudah dan praktikal.Lagi mudah lagi bagus.Lagi senang nak praktik.

6.Bagi nasihat yang berguna

Pembaca memang sedia maklum penulis memang layak untuk memberi nasihat kepada mereka.Hargailah kepercayaan pembaca terhadap kita.

WAJIB BACA :   Zikir Murah Rezeki Dan Cepat Kaya [edisi kemas kini]

Nasihat boleh berbentuk cadangan yang bukan bersifat arahan.Siapalah kita yang boleh memberi arahan kepada orang lain kecuali mereka memang mahu kita bagi arahan.

Saya bagi contoh dalam isu perceraian.Pembaca yang menghadapi kes penceraian mungkin murung dan berduka.Nasihatkan mereka agar bersabar, redha dan move on.Itu sudah mencukupi.

7.Menyatakan harapan yang positif

Setelah pembaca tahu isu, kesan dan cara penyelesaian inilah penutup kepada penulisan content iaitu harapan.

Penulis harus menjangka pembaca berjaya dan berpuas dengan apa yang mereka nak tahu.Sandarkan harapan positif dan doa yang menguatkan keinginan mereka untuk mencuba tip yang telah kita sampaikan.

Harapan bukan jaminan.Harapan adalah jangkaan manfaat yang mereka perolehi.

Nyatakan harapan dengan jelas, tepat dan padu.

Misalnya harapan seorang lelaki kepada wanita untuk mengahwini mereka.

” Jika itu ketentuanNya kita akan kahwin dan jodoh kita kekal bahagia hingga jannah.Sabarlah sayang.Tiada siapa yang mampu memisahkan cinta kita melainkan takdir. ”

Cewah ! tak cukup power la pulak…muntah hijau la jadinya.

Kesimpulan

Orang kata dan saya suka kata-kata ini.

“ Sudah terang lagi bersuluh “

Begitulah harapan dari insan yang berkecimpung dalam kerja freelance agar pembaca yang sudah tahu boleh sahaja praktikal rahsia penulisan content yang memukau pembaca.

Pukau pembaca dengan penulisan yang hebat dan bermanfaat.Cipta ketagihan membaca mereka kepada penulisan kita.

Comments 25

Leave a Reply to kakgojes Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge