Pembatalan Hak Milik Kenderaan Di JPJ…Salam dan selamat sejahtera.Dalam entri kali ini saya nak kongsikan pengalaman berurusan untuk pembatalan hak milik kenderaan di pejabat JPJ.Perlu diingatkan urusan ini hanya boleh dilakukan ke atas kenderaan yang habis pinjaman dengan pihak bank.Dalam erti kata lain kenderaan tersebut milik kita 100 peratus.
Jerebu masih belum pulih.Keadaan waktu pagi dan waktu petang macam tiada perbezaan.Gelap semacam je.Namun cuaca begini tidak menghalang saya untuk pergi memandu seorang diri ke pejabat JPJ Sarawak yang jauhnya 20 minit perjalanan dari Kota Samarahan.
Sebelum pergi tu sempat singgah di restoran yang tak jauh dari rumah.Saya order teh tarik la.Harga segelas dalam RM1.90 ketika entri ini ditulis.Nampak sedap tak ?Rasanya ok la.
Memandangkan saya jenis yang mementing sarapan lalu saya order pula mee jawa.Yalah kan.Tak la kelaparan ketika menunggu giliran di pejabat JPJ nanti.Jom kita tengok mee jawa yang saya makan.Harga dalam RM5.00 sepinggan yang pakejkan sekali dengan dua cucuk satay ayam.Rasanya macam biasa.Tak sedap tapi saya habiskan juga kerana tak nak membazir.Rezeki mana boleh ditolak.Itu petua yang boleh kita pelajari dalam 5 Amalan Menarik Rezeki
Tengok jam dah pukul 10.20 pagi.Apa lagi saya terus memecut kenderaan 4 tayar ke destinasi sebenarnya.Kenderaan tak banyak.Tak jem dan masih lancar perjalanan.Akhirnya sekitar jam 10.40 pagi saya selamat sampai ke tempat yang dituju.
Cantik tempat ini sebenarnya.Bangunan pejabat yang berlatar belakangkan kawasan perumahan dan jauh dari pusat bandar.Kawasan yang luas dan landskap dihiasi pokok renek dan pokok bunga,
Oleh kerana saya dah beberapa kali pergi ke pejabat ini maka lebih mudah saya mencari kaunter untuk berurusan.Keadaan kaunter agak lengang dan keadaan tersebut mempercepatkan lagi urusan pembatalan hak milik kenderaan di JPJ.
Saya berurusan dengan pegawai kaunter di JPJ tanpa emosi.Mereka tak mesra pelanggan.Maklum sahajalah urusan saya tak melibatkan wang ringgit.Serahkan kad hijau atau green card kenderaan.Selepas itu dicop dan ditandangan.Ada ternampak juga pegawai tersebut menaipkan sesuatu dekat komputer.Selepas itu urusan selesai.Mudah,selesa dan biasa biasa sahaja.Nasib baik saya tak lupa nak ucapkan terima kasih.
{sekilas pandang}
Bulan hadapan dan seterusnya saya tak bayar pinjaman kenderaan ini.Kurang sedikit bebanan kewangan.In Shaa Allah lambat lagi untuk beli kenderaan yang baru.Pengalaman 9 tahun installment kenderaan ini memang memeritkan jiwa dan harga.
Tak keterlaluan juga saya nak ucapkan terima kasih kepada pegawai JPJ kerana memudahkan urusan pembatalan hak milik kenderaan.Tak mesra pelanggan pun saya tak kisah sangat.Janji urusan penting sudah selesai.
Sebelum itu saya nak minta tolong pembaca yang disayangi untuk pilih antara satu daripada pilihan dibawah sebagai tanda sokongan kepada saya.
Akhir kata terima kasih tak terhingga buat pembaca semua.
1.Tolong Like Fanpage
2.Sertai Group Whatsapp
3.Sumbangkan komen ikhlas
4.Sebarkan konten ini
Salam.. mrhanafi…y budiman lps pembatalan tu kita kna buat apa lg????cm mana nk tkar green card tu ats nama kita?? sy kurang faham.. terima kasih… mrhanafi kacak.. atau wassap saya.. 0192074133
lepas pembatalan green card itu kita simpan seperti biasa..
cuma saya tiada info bagaimana nak tukar atas nama kita pula..
salam mr hanafi… nak tanye..adik sy baru abes byr kereta dgn cimb… kereta beli secondhand kt kedai.. mmg boley tros g jpj je ke utk tukar name kt geran… bwk geran je ke. mmg xyah bayar pape ye… tq.
sebelum benda itu diproses..
mesti check dengan puspakom terlebih dahulu..
jika dah boleh sahaja ke JPJ..untuk urusan selanjut…
bayar atau tidak saya tak dapat pasti la..
terbaik bro!!
Bro Hanafi yang kacak lagi macho seperti Aeron Aziz….Saya ada 1 soalan yang ingin diajukan :
1)adakah perlu kita hantar kereta ke puspakom terlebih dahulu sebelum menukar hak milik
kereta dr bank kepada 100% milik kita?
Sekian….
tidak perlu…bawa green card sahaja dah cukup
terima kasih hehehe..
Maaf ya..nak tanya pasal prosedur..masa nak batalkan hak milik tu..hanya perlu bawa geran sahaja atau perlu surat dr bank mengatakan kita dah habis bayar..tq
bawa geran sahaja..dah cukup..kalau nak selamat bawa sekali surat dari bank
kalau sudah selesai bayar sepeda motor rasanya senang sekali ……
Oyong Ilham recently posted…Fakta Tentang Tubuh Manusia Yang Jarang Diketahui
habis hutang dah senang hati la..sekarang ini
Boleh saya tahu kad hijau tu apa? Sbb saya pun da abis bayar cuma belum buat batal hakmilik. Bank cuma beritahu hanya bawa geran sahaja kat jpj. Ada dokumen lain perlu bawa ke? Terima kasih.
green kad..tapi warnanya pink muda..alias geran kereta..lain2 dokumen tak perlu la..kecuali dalam proses tukar milik.
Jpj ni bgus urusannya…kdg2 nombor yg pnjg…
nombor yang panjang atau beratur panjang bro.
memang wajib kena buat macam ni ke kalau dah habis bayar? kalau tak batalkan?
yang penting habis bayar bro..
selamat… boleh bernafas panjang… dh habis bayar.. selesai satu beban hutang dunia…
ya..dah lepas satu beban kewangan..
Maaf mr.hanafi…apa maksud pembatalan hak milik? Bukan ke nama tu dah nama kita ke…kita yg bayar kat bank?
hak milik bank dibatalkan dan diberi 100 milik kita..itu adalah istilah yang digunakan dalam perjanjian sewa beli..he..he..
dah lama juga tak ke mana2 jpj
harap2 mereka tak tukar keddukan kaunter
atau tukar bangunan
Tehr recently posted…Engkau Yang Cantik
kalau tiada urusan mana mau pergi tuan..
Seronok tu dah habis bayar. Duit tu boleh di simpan .Tak payah tukar kereta pun tak apa. Liability kereta ni dah la harga cepat turun walaupun seminggu pakai.
tulah yang saya fikirkan sekarang..guna sahaja apa yang ada..simpan duit untuk melancong pulak lagi best kan..
Memang begitu sepatutnya kan..MV dulu tak pernah tahu hal pembatalan hak milik masa nak tukar kereta dulu…Then bila dah tukar kereta kali ke-2 tu baru tahu..wah macam banyak duit pula tukar kereta berkali-kali…hihi
Noriza Rahman recently posted…Makanan Mengandungi Asid Amino Tryptophan Membantu Tidur Nyenyak ?
tukar kereta memang gaya orang banyak duit la..bagus kan jadi orang banyak duit
saya punya kenderaan lagi 2 tahun habis. x sabar rasanya nak rasa kurangnya beban kewangan
gandakan pembayaran jadi masa boleh disingkat jadi setahun he..he..
tips yang sangat baik untuk melupuskan kereta yang lama
akuoka recently posted…Buat Duit Dengan Youtube
kereta lama atau kereta antik bro…mana yang terdahulu kan..
alhamdulillah settle hal ini
Raihanah Ahmad recently posted…8 Cara Hilangkan Blackhead dan Whitehead
ya..dah settle satu perkara..dan banyak lagi perkara nak settle selepas ini..
Wah… selesai lah hutang … Saya pun baru tahun lepas habiskan pembayaran kereta.. dan dua bulan lepas pula dah selesai kan hutang dari aeon kredit.. alhamdulillah.. boleh lah nak simpan duit lepas ni..
Alhamdulillah ..selepas ini boleh la balik ke Sarawak selalu kan..bro
Wow…dah habis bayar kereta.
Ambe lambat lagi la nmpknya nak buat proses pembatalan ni. MMmm….
sabar bro..masanya akan tetap tiba