Kayo-kayo Di Plaza Merdeka Kuching Sarawak

Plaza Merdeka adalah pusat membeli belah yang terletak di tengah Bandaraya Kuching Sarawak. Lokasinya amat strategik kerana dekat dengan Waterfront dan Padang Merdeka.

Lebih menarik lagi Plaza Merdeka dekat dengan Balai Polis.Ironinya Plaza Merdeka selamat dari perkara yang kita tidak ingini.

Mungkin orang luar Kuching belum faham perkataan ‘kayo-kayo’.

Admin sendiri pun tidaklah ‘lihai’ dialek Melayu Sarawak.Maklum sahaja admin bukanlah Orang Melayu dan bukan juga penduduk asal di Bandaraya Kuching.

Ok la.Kita teruskan.

‘Kayo-kayo’ merujuk kepada aktiviti merayau-rayau tanpa hala tuju yang jelas.

Mak oii !

Negatifnya perkataan tu.

Hati kecil selalu bermonolog,

“ Alangkah indahnya dunia ini jika berjalan di Plaza Merdeka bersama isteri tersayang.”

WAJIB BACA :   Cerita Lelaki Kelaparan Yang Benar Berlaku Di Perantauan

“Lebih indah lagi jika menemani isteri untuk shopping sakan.”

“ Sayang pilih jer.Biar abang bayarkan “

“ Tapi ingat sayang, beli ikut keperluan tau.”

“ jika terbeli ikut kehendak, sayang bayar sendiri la jawapnya ”

Jelas kelihatan isteri syantik senyum tersipu malu sambil mencubit bahu sasa admin nie…

Fuyoo!

Hahahaha

Sewaktu kayo-kayo di Plaza Merdeka sempat juga terbeli alas lantai pelbagai guna.

Plaza Merdeka Kuching

Alas lantai ini agak lembut dan diperbuat bahan elastik.Warna memang menarik.

Ada yang lebih lembut dan lebih empuk tetapi harganya lebih menipiskan dompet .

Banyak keperluan ( hampir kepada kehendak juga) alas lantai pelbagai guna tersebut.

Mungkin sesuai untuk alas baby meniarap..

WAJIB BACA :   3 sebab pergi gym yang lawak mencuit hati

Jika belum ada baby amat sesuai sebagai alas aktiviti ‘buat baby’.

Hahahaha….sensitif word tu.

Mungkin sesuai juga untuk lapik badan sewaktu buat workout di rumah

Itu pun jika nak jadi abang sado yang memiliki perut ‘six pack’

In shaa Allah, admin pun semakin berminat nak bentukkan badan seperti anak muda zaman sekarang.

Sedap mata memandang.

Badan sado nie..bukan keutamaan nak dapat jodoh.

Ia sekadar bonus untuk melengkapi pakej seorang lelaki hebat.

Seorang lelaki hebat harus ada pakej 5K:

1.Keimanan yang unggul

2.Kewangan yang mantap

3.Kesihatan yang tip top

4.Ketampanan yang tersendiri

5.Keperibadian yang memukau

Penutup:

Plaza Merdeka Kuching

Sekiranya ada pembaca berkesempatan untuk ke Kuching Sarawak jangan lupa untuk kayo-kayo di Plaza Merdeka.

WAJIB BACA :   Hijrah Diri : Sentiasa Bersangka Baik

Pergi ke tingkat 4.Kalau tak silap ada tempat makan-makan dan carilah menu lokal yang tiada ditempat lain.

Nanti bila dah perut kenyang memboyot boleh la kayo-kayo ke Jambatan Darul Hana yang menyeberangi Sungai Sarawak.

Lokasinya di Waterfont.Dekat sangat  dari Plaza Merdeka.

Kalau setakat membetis tu..kira kacang jer.

Sekian.Semoga bermanfaat.   

  • Kemas kini 25/12/22

Comments 39

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge