5 Senarai Kereta Sedan Pilihan Hati [edisi kemas kini]

Sejak akhir ini mrhanafi semakin suka dengan kereta sedan. Oleh sebab dah suka maka mrhanafi berbesar hati nak kongsi 5 buah kereta sedan yang ingin dibeli sekiranya sudah mampu.

Minta doa pembaca semua agar mrhanafi menjadi mampu memiliki salah sebuah dari kereta di bawah.

Kereta Sedan

Pilihan Pertama: Mitsubishi Lancer 2.0 GTE Elite

Mitsubishi Lancer

Secara peribadinya kereta ini nampak sporty. Sangat sesuai untuk mrhanafi yang berjiwa muda dan bergerak pantas meredah halangan untuk berjaya.

Mrhanafi akan memilih warna putih supaya sentiasa teringat kain kafan apabila memandu. Sebagai peringatan,  jangan pandu  terlalu laju kalau nak race dengan kereta Viva 660cc.

Mitsubishi Lancer didatangkan dengan 3 warna menarik iaitu putih,hitam dan merah metalik. Ciri baharu di dalam Lancer 2.0 GTE adalah tambahan kepada kit badan standard dengan kemasan dalaman kulit dan skrin sesentuh 6.1 inci dengan audio kamera pandang belakang.

WAJIB BACA :   Siapa Julia Perez Yang Sebenarnya

Harga dalam  RM115,590.20 atas jalan tanpa insurans, diimport dan dipasang sepenuhnya di Jepun.Siapa peminat kereta Jepun boleh buat pilihan untuk membelinya nanti kerana ia kereta terbaik untuk dibeli atau kereta baru murah.

Pilihan Kedua : Honda Civic Type R

Honda Civic Type R

Mrhanafi juga meminati kereta Honda. Reka bentuk yang dinamik dan spefikasi yang terbaik memberi isyarat minda untuk mrhanafi pilih kereta ini.

Jentera ini dikuasakan  enjin 316hp 2.0-litre turbo petrol. Wow pastinya kuat hisap minyak. Cepat nipis dompet. Kalau ada isteri duduk sebelah kira pejam mata jelah. Ada banyak cara cari duit lebih.

Belakang kereta ini dipasang dengan 3 cerobong exzos. Kesannya lebih sporty dengan kelajuan 0-62mph bawah dari 5.7 saat. Cuma kalau ada mak cik yang lambai dari Axia terpaksa mrhanafi angkat tangan tanda hormat.

WAJIB BACA :   Artikel Tanpa Sentuhan Actionable SEO

Kereta laju macam mana pun apabila meninggal dunia, kita tetap juga pakai kereta jenazah,Ye tak.

Pilihan ketiga : Kereta Vios Sport TRD

kereta vios

Kereta jenama Toyota memang mrhanafi minat giler. Ketahanan dari segi maintennce dan kualiti dijamin puas hati. Itu adalah pengalaman sendiri yang usah diragui.

Kereta Vios TRD Sport untuk keluarga kecil. Anak-anak yang belum ramai dan yang penting saiz isteri adalah S.

Transmisi adalah jenis automatik 7 kelajuan dengan pacuan enjin 1.5 kuasa kuda. Tak la laju sangat sebab direka khusus untuk golongan executive yang rata-rata dah berpunya keluarga.

Pilhan keempat : Proton Preve

 

Secara peribadinya mrhanafi pernah bawa kereta Proton Preve. Pengalaman yang best sangat kereta daya pecutan sangat pantas. Kalau setakat motosikal kapcai memang jauh la kena tinggal.

Kuasa enjin kereta Preve adalah 1.6L . Terdapat jenis manual dan automatik. Terpulang kepada bakal pembeli berdasarkan keperluan dan kemampuan semasa.

WAJIB BACA :   Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Harga minimum dari RM60K bergantung kepada spefikasi, warna dan lokasi. Kalau di Sarawak tentulah harga lebih tinggi kerana kos pengangkutan yang tidak dapat dielakkan.

Pilihan kelima: Perodua Bezza 1.3 Premium X

Perodua Bezza

Dalam senarai di atas,Perodua Bezza adalah pilihan utama mrhanafi nak beli. Keinginan untuk memiliki Perodua Bezza kerana mahu memandu kereta sedan. Kereta yang ada sekarang ini jenis MPV.

Kalau kereta Perodua Bezza nampak sporty kalau dipasang rim tayar 17 inci dan cerobong exzos sebesar tin milo. Memang gempak punya. Maaf spefikasi tersebut untuk jenis modifikasi sendiri sahaja hehehehe.

Kekuatan enjin ada dua jenis iaitu 1.0L dan 1.3L. Transmisi didatang dalam manual dan automatik. Harga bermula dari RM40K. Siapa yang banyak duit boleh beli ansuran 3 kali bayaran.

Penutup

Kereta adalah keperluan yang utama untuk bergerak. Tanpa kereta boleh guna motosikal, pengangkutan awam ataupun sepasang kaki yakni berjalan kaki.

Mungkin ada pembaca yang ada keinginan membara untuk memiliki kereta idaman. Anda ada peluang untuk mencapainya jika tahu cara dan kaedah yang praktikal.

Antaranya boleh menceburi netcommerce di Volten International.

  • kemas kini 17/8/22

Comments 11

Leave a Reply to Wan Syahida Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge